September 11, 2011

night on 2nd January 2011 (malam palat)

malam itu . malam yang buat hati berkocak . malam yang buat aku jadi bingai buat sementara . malam yang mencemari hati angkuh oleh seseorang yang datang tanpa aku tahu mana asalusulnya. sehingga kini . masih aku berkirakira bagaimana sebodoh itu aku bisa jatuh kerana dia.
bodoh . 


2 januari . sekali lagi aku sedih . malam terakhir aku di tawau . sekali lagi menjadi anak rantau yang berdiri sendiri tanpa di sambut pun tangannya bila susah . hanya kawan jadi peneman sedih . atau blog ini menjadi pendengar setia . ah . sepertinya aku menjadi palat semula . 
jenuh menunggu bas akhirnya muncul juga . puas aku pelukcium ibu, aku lepaskan tangan ibu dengan hati yang maha berat . seat 11 kata konduktor . aku patuh tanpa bicara kerana memang itu tempat untuk aku . aduh ! kataku automatik. sial seat ini .


matanya tunjuk signal blur . aku berpura melihat kembali nombor seat di atas . "tempatku" kataku jelas bernoktah . di tariknya beg laptop dan di letakkan di riba . sejenak aku jeling ibu dari tingkap gelap . perasaannya usah aku tanya . ku sandar kepala ke bangku keras itu dan hela nafas panjang menghembus segala palat di hati . aku jeling dia sebentar . sibuk tangannya menekan2 keypad handphone . ah . aku tidak ambil pusing . aku masih lemas dengan perasaan berat meninggalkan wajah yang aku sayang . hela nafas panjang lagi .


"mana ubat sa ?? kamu nda kasi masukkah minyak angin dalam beg tadi ?? adui . mau muntah sudah ni . " bebelnya dalam telefon . aku capai plastik dalam beg berisi gula2 hacks . sekadar mengisi mulut bukan mual pun . bosan kiraku tatkala melayan cerita yang sudah berjuta kali aku tonton dalam di kaca tv bas ekspress itu ."cewek, minta sikit bha gula2 kau . sa pening oh ." aku hulur tanpa ekspresi . "trimass." katanya. "bha" aku jawab ringkas . lama kami diam . dia masih kusyuk melayan handphone yang berdecit2 di picitnya . penat aku layan cerita gamapang itu , aku renung tingkap memerhati malam suram . 


"belajar dimana?" dia mula bicara . " cheras " kataku ringkas . aku memang begitu pada orang asing . untuk apa berbahasa panjang pada mereka  . sekadar berbahasa basi cukuplah kan . dan mulalah soalan berangkai keluar dari mulutnya dan aku menjawab acuh tak acuh . 
bla .bla .bla .



berjuta soalan di tanya . beribu topik di hulurnya . tak kurang juga bentak bangganya bersuara . ah . mamat gampang bicaraku dalam hati .semuanya aku iyakan saja . aku jeling jam di handphone . 10 malam . 2 jam dalam bas aku rasakan sudah 200 tahun aku duduk dalam bas ."eh, cuba kau mizkol hp saya. nda tau ne mana sa letak ." aku menurut tanpa bicara . aku memang begitu . malas mempersoal dan malas dipersoal . 
shit ! aku terlupa satu perkara. di situlah bodohku . orang paling bodoh pun tahu nmber phone ku akan tertera di senarai misscallednya . adui . 


facebook kau apa . rumah kau yang mana . kau belajar dimana .sepertinya aku dalam sesi temuduga . di tengah itu baru ditanyakan namaku . ann kataku . sekadar mengutip nama. "saya wan. saya asal sana telipuk .tapi tinggal di tawau . bapak sa begini .bla bla bla " panjang ceritanya. jawabku cuma satu "oh." rasalah kau jawapan dingin . haha. satu soalan yang aku tidak bisa lupa bila ditanyanya aku kenapa masih belum aku bukakan hati untuk seseorang . katanya aku tipu . manabisa seorang manusia hidup tanpa sikitpun rasa cinta. kau salah bodoh . kau salah.kalau kau cari orang itu .akulah . akulah buktinya.


pukul 12 lebih kalau aku tidak salah . kebiasaannya bas akan berhenti untuk memberi peluang kepada penumpang mengisi perut . lama aku duduk di kerusi dan berkira2 mahu turun atau tidak . dia pun duduk tapi ekspresinya pelik . aku jadi bingai directly aku tanyakan musababnya . "sa mau turun." bodoh . kenapa tidak kau khabarkan . palui. 
puas aku berkira aku turun juga kerana sudah tidak bisa aku tampung sakitnya pundi kencingku . aku tidak biasa kencing di tandas bas . banyak kemungkinan aku bayangkan. panjang barisan . mengeluh lagi aku . lama aku berdiri . 


aku tanyakan dalam hati . kenapa seperti ada mata memerhati dari jauh . lalu aku cari . dia rupanya . aku balas pandangan itu tapi masih tak tergerakkan matanya . aku palingkan kepala berlagak bodoh . sedikit cuak kerana belum pernah diperhati sebegitu rupa .pintu tandas di kuak .
yes ! giliranku pula . habis urusan di tandas aku bingkas berjalan mencari bas yang tadi . hampir sama semua bas yang sedang parking kerana dari syarikat yang sama . aku naiki bas yang paling dekat . aik .kenapa macam pelik . ah ! tersentak aku . salah bas ! aku pantas berlari turun . aku dengar ada suara kecil ketawa . babi . lantaklah !


jumpa juga bas yang tadi . lup dap lup dap . nervous sedikit . bayangkan sahaja kalau aku ditinggal di tempat asing . kalau aku masih rasional mungkin aku masih bisa berfikir . tapi kalau patheticku yang mendahului , konfemlah sebesen airmata aku takung . 


aku lihat dia naik . menuju kerusi di sebelahku . bas pun bergerak . dihulurnya gula2 . mula2 aku tolak tapi dipaksanya . aku ambil juga akhirnya . dan sekali lagi dia membuka topik . 
bla bla bla .
lagu di putar samar2 kedengaran . mulalah mata terasa berat . aku sandar kepala lalu berlayarlah aku di alam mimpi . sesekali tergelincir juga kepala . leher mula sakit lalu aku picit untuk merasa lega seketika ."kenapa ? sakit leher kau ?? baringlah sini " di tunjuk bahunya . haishh. gila babi ini orang . "uih . nda pa la . ok ja ne ." kataku . 
licik . satusatunya perkataan yang aku lihat seakan timbul didahinya.


beberapa jam kemudian . kalau aku tidak silap jam 4 pagi . bas sudah sampai di satu tempat yang aku sendiri tidak pasti tempatnya . aku tidak fasih jalan di kota kinabalu .bingkas dia turun dengan mata menjeling curi2 . aku tahu tapi masih berlagak bodoh . bas bergerak kembali . 
setengah jam kemudian bas sampai di terminal .


lama aku tunggu duduk di sana . menunggu ibu housemateku datang menjemput aku . setiap sem pun aku terhutang budi pada keluarga ini . bkan aku tidak mahu permudah jalan terbang direct dari tawau ke kL . tapi mahal . memang 3 kali ganda aku perlu bayar berbanding mngambil bas ke kk baru terbang ke KL .

sampai dirumahnya , langsung aku lempar kepala ke katil. penatnya tak terkirakan . semalaman dalam bas . Tuhan sahaja tahu penatnya seperti apa. lagu hujan kedengaran .satu mesej diterima . lalu aku buka . "sampai sudah??" aku berkerut kerana nmber itu tiada dlm contactku . aku reply " kau siapa" lalu meyambung lena . lagu screamo kedengaran bingit. kali ini panggilan masuk . aku sambut . "helo." katanya. "siapa ne" jawabku perlahan kerana terlalu penat seperti sudah berlari 100 round padang ."wan yang semalam bha" jawabnya. "oh" jawabku ringkas. "jum turun kk p centre point. nanti sa hantar kau pulang p kolombong. " aku menolak tanpa berfikir panjang . gila fikirku . sudahlah malam itu flightku . tak sanggup aku mensia2kan sisa tenaga yang berbaki.hibernasi dengan tidur lagi best .


lama kami berbalas mesej . hati yang aku kirakan ego mula aku kuakkan sedikit ruang untuk kenali dia . dan banyak kali juga kiraku ditanyanya soalan adakah aku sudah ada boyfriend . aku jujur menjawab malas sebab bagi aku itu perkara remeh . fokusku lebih kepada study . "bukan. jangan bagi alasan itu . kau ego bha" ah ! tersentap aku dengan jawapan itu .2 minggu lebih aku berhubung dengan dia . kalau tidak sms call akan jadi penghubung . entah kenapa malam itu aku terdetik mahu check fb nya. 
aku belek gambar di setiap album . terpampang terang gambar perempuan dengan dia dengan steadynya berpeluk tersenyum girang . ha ! kan betul! kau memang binatang dasar lelaki gampang . tanpa berfikir panjang aku blocked fb , aku delete nmbernya dari contact phone. sial punya lelaki.


berkali panggilan masuk dari nmbernya. sesekali aku jawab tapi dengan acting seperti tidak kenal . aku malas . muak dan jijik dengan lelaki gampang yang suka mempermain hati perempuan . aku bukan perempuan murah . kau silap kalau fikir aku semudah itu .penat melayan sikapku yang sperti acuh tidak acuh , akhirnya kami loss contact sehingga kini . 

tipu kalau aku katakan tidak tertinggal kudis di hati . kecewa kerana menyesal telah aku kuakkan pintu hati untuk si palat . andai saja aku kekalkan jurang antara kami . andai saja aku akhiri perbualan malam itu dengan tegaskan kita masing2 asing. andai saja aku bekukan hati untuk dia. mungkin tidak sesakit hati ini malam itu bila aku ketahui aku cuma boneka mainan . nasib belum 120 peratus hati ini aku serah untuk dia hiriscincang . jawabnya akan emistangis lah aku untuk untuk masa yang panjang . untuk dia ,tida airmata jatuh . cuma kata maki nonstop menyumpah dalam hati . biarlah . pergilah kau memori palat .
seperti hari ini , aku cuma membelek untuk aku singkap kembali dan menyedari rupanya pernah suatu ketika aku menjadi si bodoh pada benda palat itu . benda palat yang kau semua panggil cinta.
yang kau semua panggil CINTA. .
.
.
.
.
.



2 comments:

  1. Memang. Klu lelaki, jmpa 1st time trus bawa kluar, memang ada sowt ckit yu otak dia.

    ReplyDelete
  2. saya benci lelaki begitu . di dahi durg ada perkataan licik . btw , he just memory . lupakan saja dia . hha

    ReplyDelete

dojudge.