September 12, 2011

lindungi dia Tuhan .

kelas mula lambat hari ini . sudahlah lambat satu kelas saja . tampak seperti aku hanya membuang keringat ke kolej . di kelas cuma melempar air liur mengumpat . 2 jam kemudian bertempiaranlah pulang kerumah . memang tidak berbaloi di korbankan tidur lenaku . *hela nafas panjang*


semua masing hadir dengan gayanya. dengan ceritanya sipolan2. bingit keadaannya. tapi aku tidak ambilpusing kerana aku sudah lali.sudah masak dengan bunyi2 itu . terasa handphone bergegar . satu mesej masuk. mak masuk hospital kak. ah ! yaAllah. ujian apa ini. tatkala terketarkan lutut aku bingkas bangun berlari keluar dari kelas . ada suara menegur aku tapi aku endahkan . maaflah . aku lebih risau ibu saat itu dari yang lain.


panjang bualku dengan ibu. sempat ibu aku dengar bebelan ibu memarahi adik . aku cakap tadi jangan mesej kakakmu. budak tu ,haih ! bingkas aku  jawab ibu jadi kalau adik ndak mesej semua diam2lah ndak kasi tau aku? suaraku tegas sedikit . aku bukan marah ibu . aku benci bila perkara seperti itu di rahsiakan dari aku . dan paling aku benci bila alasan tidak mahu mengganggu tumpuanku study yang diberisuap pada aku . ibu diam . puas aku selidiki setiap isi cerita itu baru aku tamatkan perbualan dengan ibu . lama aku diam . terasa ada kehangatan di hujung anak mata . tapi aku tahan . ibu ucap kata salam mengakhiri perbualan dan tak lekang dengan nasihatnya jaga diri baik2 nak. aku dengar suara ibu berubah nada . aku tahu jiwa ibu tika itu seperti apa . aku kuatkan hati  yang sedia luruh mendengar berita itu . aku balas juga salam ibu . aku renung awan pagi yang sedikit sayup kedinginan . beratnya hati ini . andai bisa ingin saja aku pulang berlari kerumah. 


aku hantar mesej untuk anif. juga untuk along. tidak berbalas mesegku. rupanya anif sudah bingkas menghubungi ibu . hati kami sama . ego pada luar tapi berapa tinggi cinta kami pada wanita itu Tuhan saja yang tahu.
anif luah pada aku . katanya sudah hilang semangat mahu belajar hari ini .aku nasihat dia menyuruhnya tetap kuat tapi aku tipu . aku pun jika bisa pasti saat itu aku hujan airmata tapi mujur ibu yakinkan aku tadi. katanya dia tidak apa2. aku tahu ibu tipu . dia memang begitu . suka menutup deritanya tapi bila aku sendiri yang tahu hati ini seperti dicincanglapah kerana tak sanggup dia menjinjing beban itu sendiri. Tuhan. aku sayang dia .aku sayang dia.

fikirku aku bisa tutup kerisauan ini . aku senyum pada mereka . ketawa terbahak pada lawak . bertempik melepas palat di hati . rupanya aku salah . saat ini pun aku masih terfikir dia . tapi tadi anif khabarkan pada aku dia tidak apa2. baru saja anif call dia .aku sedikit lega . bukan aku tidak mahu call ibu . aku pasti aku akan nangis . aku tidak mahu semangat yang ibu susun kembali aku runtuhkan dengan airmata . biarlah kiraku dahulu.



Tuhan . andai kali ini kami Kau duga , aku rela . aku redha .aku pasrah pada musibah ini . tapi aku mohon jangan uji kami melalui wanita ini . sungguh kami sayang kami padanya tak terkirakan . tak tertahapkan kasih itu . kerana dia semangat kami berdiri di tempat orang . tersenyum jiwa walau merasa palat pada cabaran dan dugaan . berikan dia rahmatMu . berikan dia cintaMu . selamatkan dia. lindungi dia selamanya dalam payung rahmatMu. hambamu ini mohon dengan sangat yaAllah . makbulkan doaku.
Amin.




2 comments:

  1. hurm. sabar taw andhiq. kalau aku kat tempat ko pon aku paham ape perasaan ko.

    ReplyDelete
  2. thx wani :) you also know how much i loved her :)

    ReplyDelete

dojudge.