June 9, 2011

Duit oh Duit.

usai sudah hari ini. balik sahaja dari praktikal di kolej langsung sahaja kami bergotongroyong. habis satu rumah kami berus. putih. bersih. berkilat. tunggu sejam kemudian. tentu jadi hutan semula. ah. kau tahu sahaja. anak bujang. memang begitu. 

kalau tiada aral melintang. esok pukul duabelastengahhari kami akan bergerak ke lapangan terbang kuala lumpur. semua gembira. semua terkinjakinja. aku yang dari sedarinya dari tadi asyik termenung. aku sendiri tidak fasih untuk aku tafsirkan apa yang di benakku ketika ini. gembira. ya. memang gembira. tapi seperti ada yang kurang. seperti ada yang tidak sempurna dimanamana. aku jadi pelik. muncul rasa pelit. sudahnya aku kirakira. aku cari puncanya. oh. duit. 


duit. ya. si duit. bulan ini habis aku pokai. memang kering tahap dewa. kalau adapun di akaun cuma tambang untuk perjalananku ke tawau. hurmmmm. *hela nafas berat* memang sakit kalau tiada duit. hendaknya pulak lusa aku sudah berada di kampung. semua pasti menagih dari aku. jum, mana?? jum, adakah?? jum. jum. jum. arghhhh. kalau bisa satu kampung itu kenal aku, semua pasti melaung namaku minta diberi oleole. arghhh. bisa migrain kalau aku fikir lamalama. 


memanglah elaun keluar setiap bulan. tapi aku ini perempuan. perempuan gila. kata mereka perempuan nafsunya sembilan tapi akalnya cuma satu. nafsu makan. nafsu shopping. nafsu itu. nafsu ini. dan aku akan diam kalau kau kategorikan aku pada nafsu yang kedua itu. nafsu membelibelah. apalagi bila mataku tertancap pada barangan branded. ah. memang tidurku tidak akan lena selagi duitku belum habis untuk barang itu. tapi yang buruknya perangaiku. dan yang jelik bila belum sampai puluhan kali aku guna. sudah aku endahkan barang itu. buktinya baru sahaja tadi aku di bebel rakan sebilikku. kasut nike yang aku beli duaratusringgit itu aku ampai sahaja di luar sampai berhabuk. padahal baru sem lalu aku beli. memang padanlah muka aku kalau aku di bebel tepattepat di batang hidungku. kalau bukan bebelan. pasti madahmadah sarkastik. madahmadah sinis singgah di telingaku. berdesing juga telingaku. tapi memang salahku. aku diamkan sahaja lah jawabnya. 

ah. sudahlah. malas aku fikir benda itu. yang aku tahu lusa aku akan pijak tawau lagi. panjangnya perjalananku. teman serumah yang lain semua sudah lena tidur di rumah. aku pula menyambung perjalanan dari kota kinabalu ke tawau. sembilan jam dalam bas. jangan hairan kalau kau jumpa orang meracau di bandar dengan luggage penuh di tangan. 

semoga perjalananku selamat pergi dan kembali semula ke kuala lumpur. fikirku aku mahu telefon ibu tadi. mahu aku khabarkan kepadanya tentang kedatanganku lusa nanti. bolehlah aku bermanja minta di masakkan makanan yang sedapsedap. tapi aku padamkan niat itu. biarlah. kalau kadangkadang buat kejutan kan best. hohoho. maaf ibu. lusa nanti anakmu akan sampai buat rumah itu jadi onar lagi. InsyaALLAH. doakan juga anakmu ini selamat ibu. Aminn. :)




ps---> perempuan hardcorewannabe ini akan sampai! land below wind, tunggu akuu. \m/



2 comments:

  1. hho. currently i'm in KLIA. waiting for the flight. pray for my safe ok. hho :)

    ReplyDelete

dojudge.