June 8, 2011

Jangan Jadi Kanibal.

kita ini diciptaNya mencintai perhubungan. perhubungan kekeluargaan. perhubungan percintaan. juga perhubungan persahabatan. aku tidak tahu apa itu persahabatan bagi kau dan merekamereka. kerana lain orang lain falsafahnya. lain orang lain pandangannya. tapi khabarlah olehmu kepada merekamereka yang kau kenal. tanyakan pada mereka apa itu erti sahabat. pasti berjuta jawapan yang di beri padamu. sahabat itu ini. sahabat itu begitu. bla bla bla dan bla. tapi bukan filosofi itu yang aku mahu carutkan. fokusku pada entri hari ini bagaimana orang yang kau gelar kawan akhirnya menjadi lawan. kawan makan kawan. 








kawan. sahabat. aku tertarik bila di tanyakan perbezaannya dua benda ini. sama pada zahirnya tapi ada wujud beza bila kau fikir dalamdalam. susah untuk aku tafsirkan keduanya tapi pastinya aku menghargai seseorang yang aku gelar sahabat atau kawan. aku hargai mereka atas nama persahabatan. tapi ketahuilah kadangkadang di sebalik persahabatan yang kau junjung itu mungkin akan ada yang makan dalam sampai hatimu bisa dipijakludah begitu sahaja. aku tahu seperti apa perasaan itu bila orang yang kau percaya tikam kau dari belakang. aku jadi pelit. jadi sebal. dan kadangkadang jadi jijik kepada golongan merekamereka. sudah di tadahkan kau persahabatan yang tulusikhlas kenapa kau ludah ketulusan dan keikhlasan itu. saat itu tanyakan pada dirimu layakkah kau aku panggil kawan, ha bangsat?? maaflah kalau bicaraku sedikit kasar. memang tujuanku untuk buat kau terasa. silakan. santaplah olehmu bahasaku ini.










melihatkan gayamu. dari tutur egomu. ah. kalau ikutkan hati. memang. memang sudah lama aku sembur kau dengan katakata nista tapi aku masih bisa tahan hati ini. kau hina sahabatku yang lain. bermakna kau hina aku juga. aku tahu tempatmu lagi tinggi dari aku dan mereka. tempatmu bersama para egonistik. siapa aku mahu dibandingkan denganmu. aku makan di kedai mamak. kau tempatmu makan di tempat kelas atasan. eh. sekejap. aku tidak peduli itu semua. kau junjunglah harta dan kekayaanmu setinggi langit. tapi ingat di mata Tuhan yang bezakan kita semua adalah iman kita. jangan kau menyesal bila kita dihimpun di mashar kelak. 










perempuan. oh perempuan. memang susah untuk di mengertikan. aku juga perempuan. tapi aku sendiri pelik. apa yang ada di benak mereka. susah untuk kau tafsir. susah untuk di bahasakan. kadangkadang benda sekecil semut juga bisa di rumitkan. matang pada zahirnya tapi sebenarnya tidak. tidak. haha. memang lucu. sangat lucu. kerana benda sekecil itu. habis kau canang sahabatku. hoi. berbelas tahun kau hidup di dunia ini. kenapa harus perkara sekecil itu kau jadikan alasan untuk membenci aku dan yang lainnya. peliknya. weird. so weird kata orang putih di kolejku.










manusia memang begitu. kalau hari ini katanya manis kepadamu. jangan pula kau harapkan esok lusa masih semanis kelmarin. manusia. lumrahnya manusia. bisa berubahubah. kadang dari senyumannya terselit kejahatan. dari kebaikannya terselit pula muslihatnya. berapa orang di dunia yang mengaku sahabat bila kau susah tapi datang seperti parasit bila kau senang. berapa. katakan padaku. jadi akhir kata buat kanibal itu. sudahlah. cukuplah. buanglah muka plastikmu di hadapanku. aku tahu semuanya. puas kau canang sahabatku kau bersandiwara pula di hadapanku. cukuplah. aku tidak kuasa mahu melayan sketsamu yang penuh hipokrit. terimakasih untuk segalanya. terimakasih kerana mencanang dan membenci aku dan sahabat yang lain. terimakasih sekali lagi.

No comments:

Post a Comment

dojudge.