June 12, 2011

Saya Cinta Bumi Ini Sampai BilaBila.

hujan. ya. sekali lagi dalam hidup ini aku saksikan dan rasakan kedinginan hujan yang kesekian kalinya. dan sekali itu juga hujan yang aku rasakan di bumi ini. di bumi bawah bayu. cukup indah. tidak mampu untuk aku khabarkan padamu seperti apa indahnya perasaan itu. dan padaku  tiada perasaan yang seindah ini bila berada di rumah sendiri di temani keluarga tercinta. terubat rindu ini setelah bertemu dengan wajahwajah mereka. ........................(hela nafas panjang) semoga Tuhan berikan kesejahteraan dan kebahagian kepada kami sekeluarga sentiasa. amin.


10 jun. gembira bukan kepalang hati ini bila sedar hari itu kami semua akan kembali ke bumi sabah itu.  hujan lebat. bersesak dalam KTM. lapar. hatta kepenatan. katalah apa saja halangan tidak juga mampu mencemar perasaan kami saat itu. tiga jam di dalam kapal terbang dan ketika itu aku duduk bersama sahabat ku. catherine namanya. cath. mulut tidak pandai diam. tapi aku suka bersahabat dengannya dan rakanrakan yang lain. aku kan cintakan persahabatan. tapi maaf. bukan untuk si kanibal yang kawan makan kawan. aku benci spesis keparat itu. dan ketika kami di khabarkan pada ketinggian lapanratusribu dari aras laut dan bergerak selaju tigaratuskilometer sejam bahawa kapal itu sebentar lagi akan mendarat di lapangan terbang kota kinabalu. melihat wajah rakanku yang lain. aku turut tersenyum. gembira untuk mereka. aku seperti biasalah. terpaksa menumpang kasih di rumah sahabat yang lain. keesokannya baru lah aku akan menaiki bas ke tawau. bukan aku bodoh. tapi kau tahu sahaja pelajar seperti aku. memang tiket promo lah yang jadi buruan kami. untung sabut timbul. untung batu tenggelam. memang tiket ke tawau macam pisang goreng panas. cepat sahaja habis. dan aku antara orangorang malang yang terlepas tiket itu. 


11 jun. pagi lagi aku sudah bangun. atas ihsan bapa sahabatku. aley namanya. sampai juga aku di terminal inanam. aku terlepas bas pertama. nasib baik ada bas kedua. kalau tidak malamlah jawabnya aku akan bertolak. dan perjalanan ke tawau bukan alangalang. sepuluh jam. sepanjang perjalanan aku hanya mampu berdoa aku selamat sampai ke rumah. jam sembilan malam. akhirnya aku sampai juga di rumah. memang ibu terkejut tahap dewa. aku pula ketawa puas melihat rupa ibu. haha. jahatnya aku. 

12 jun. petang aku keluar bertemu dua sahabat baikku. ah. rindu bukan kepalang. tapi mereka pandai. makan di kfc tapi duitkku yang keluar. tidak apa. nanti giliranku lagi kikis duit mereka. haha. karma. good karma. dan bila kami duduk bersamasama cerita kami tentang arwah mula mendominasi topik kami saat itu. memang sedih. Tuhan sudah mahukan dia. relakan saja pemergiannya. 

dan begitulah harihari sepanjang aku di bumi sabah ini. cerita bersama keluarga. cerita bersama kawankawan. cerita tentang kegembiraan. cerita tentang ketawa bersama mereka. indahnya perasaan ini. dan lebih bermakna jikalau saatsaat ini jarangjarang kau hayati. mungkin kau jangkal dengan ceritaku. tapi jika kau di tempatku pasti kau menghargai saatsaat manis itu.  cintailah keluargamu seperti aku mencintai mereka.





No comments:

Post a Comment

dojudge.