June 2, 2011

Kami Sudah Besar Mak. :)

ah. lepas sudah gian ini tengahhari tadi. gian mahu melalak sambil berheadbanging gilagila. habis semua lagu kami pulun. start tidak sampai 5 minit tukar lagu baru. kuikuikui. entah apa saja yang di fikir lelaki itu melihat aku dan kawankawan terkinjakinja melompat dalam bilik karaoke itu. lantaklah. kau peduli apa. aku bayar. aku punya suka lah. 


baru sebentar tadi aku telefon ibu. huh. ibu. macam biasa. sempoi orangnya jika kau dengar dari suaranya di talian. tapi sebenarnya orangnya lembut. bukan aku yang cakap. kawankawan aku yang khabarkan aku tentang itu. tapi di sebalik wajah itu banyak cerita. ceritanya yang simpan seribu kenangan. kenangan yang buat dia tersenyum hatta menangis. di sebalik wajah itu juga ada harapan. harapan pada anaknya. harapannya kami hidup senang kelak. tapi wajah itu juga pandai berbohong. bukan berbohong kerana apa. berbohong untuk kami anaknya. berbohong dengan wajahnya yang seperti mengatakan " everythings gonna be fine" walau dalam keadaan segetir apa pun. wajah itu jua terselit ketabahan untuk anaknya. wajah keibuannya. ah. bertambahtambah rindu ini saat bergurau dengannya sebentar tadi. aku sayang wajah itu sampai bilabila.








aku punya keluarga besar. kau tahu saja bila anggota ramai. mesti hidup sederhana sahaja. makan apa yang ada. pakai apa yang ada. kami di ajar erti menghargai sesuatu. di ajar bersyukur atas tiaptiap nikmat Tuhan. di ajar erti kesabaran. di ajar erti ketabahan dalam hidup. semua itu kami di ajar. kalau orang lain ke sekolah berbekal RM 1. aku dulu ke sekolah rendah berbekal 50 sen. kalau tidak habis, baki wang itu juga yang aku bawa ke sekolah agama. merungut?? ah. tidak. aku tahu kesusahan ibu. kalau laparku sahaja mungkin aku bisa tahan. tapi kalau aku lihat wajah sedih ibu, aku jadi hiba. tidak sanggup aku lihat wajah itu bersedih. kerana itu ketika kecil aku selalu kejar markah 100peratus. gembira bila ibu senyum melihat kertasku. kerana di benakku ketika itu hanya itu aku mampu hadiahkan buat ibu. dan melihat senyumannya dengan matanya yang berkacakaca melihat aku dengan penuh kebanggaan, itu sudah cukup dari di beri duit bekal RM 1  ke sekolah. 






usai sudah semua kenangan di waktu aku kecil bersama adikadik. terlalu banyak memori indah. dalam kesusahan kami temui kebahagiaan. dalam kegelapan kami temui cahaya. dalam tangisan kami temui senyuman. katalah kesusahan seperti apa. sudah pun keluargaku laluinya. tapi ibu tidak pernah mengeluh. tidak pernah menangisi takdir kami. kami kuat kerana kasih sayang. bentanglah segunung emas di hadapanku. tidak akan aku gadaikan kasih sayang ini dengan yang lainnya. tabahnya insan bergelar ibu. tidak pernah mengenal putus asa. keperluan kami tidak pernah kurang walau sebesar zarah. besarnya pengorbanan ibu. hanya Tuhan bisa membalasnya. kerana itu bila aku jatuh kerana kecewa dalam hidup. aku bingkas bangun tatkala teringat wajahnya. wajah yang mengharapkan aku. aku harus kuat demi wajah itu. kerana wajah itu juga tabah kerana kami anaknya. 







dan saat ini kami semua sudah besar. aku sekarang menuntut di sebuah universiti swasta. adik lelakiku pula menuntut di martikulasi labuan. dan adik aku yang seterusnya di tingkatan empat, tingkatan tiga, tingkatan satu, darjah tiga dan yang bongsu darjah satu. kau pun pasti terkejut bila aku 'list'kan adikadikku. dan pasti terlintas di benakmu berjayakah kami kelak. jika kau tanya aku saat ini dengan pasti aku jawab kepada mu ya. kami pasti berjaya kerana  wajah itu. pasti. dan aku akan pastikannya. tidak akan sekalikali aku hampakan wajah itu. dan di setiap kali aku di tikar sembahyang, pintaku pada Tuhan agar di permudahkan jalan untukku dan adikku untuk berjaya dalam hidup. minta agar Tuhan sentiasa merahmati keluargaku dan di kurniakan kebahagiaan di dunia dan akhirat. moga Tuhan makulkan doaku. Amin. 


  

mak, jangan sedih lagi bila kami pergi jauh. kami pergi untuk menuntut ilmu mak. bukan airmatamu kami pinta tapi doamu agar merestui tiap perkara yang kami lakukan. jangan risau tentang aku dan adik. kami sudah besar. sudah tahu jaga diri. mak sudah bekalkan kami secukupnya ajaran yang seharusnya buat kami. InsyaALLAH kami bisa jaga diri. bisa bezakan mana yang hitam. mana yang putih. pinta kami restui kami selalu. dan doakan agar hati ini selalu kuat bila berdepan dengan ujian yang getir kerana harapanku di akhir perjuangan ini bisa aku hadiahkan mu sekalung kejayaaan dan kesenangan buat hidup kita kelak. terimakasih atas segalanya mak. terimakasih. 



4 comments:

  1. touching my heart..
    :)

    ReplyDelete
  2. really?? i'm glad to hear that. it mean you love your mother just the way i am. :)

    ReplyDelete
  3. tq sis . i'm glad hve sis like u . jgn ssh hti , allah psti brikan jln yg tbaik utk kta sekeluarga ... jgn cdey2 ek ! :)

    ReplyDelete
  4. aminn. moga yang terbaek buat kita sekeluarga. bukan kejayaan dariku sahaja tapi darimu juga. :)

    ReplyDelete

dojudge.