June 3, 2011

Kenapa Harus Sempurna.

berkalikali aku putar lagu itu. lagu peterpan. yang terdalam tajuknya. aku suka baitbait lagu itu. iramanya mahu suara ariel meruntun jiwa tatkala setiap kali aku menekan butang replay. aku ini memang gila muzik. katalah muzik apapun. semuanya aku layan tapi aku lebih memilih lirik dalam lagu itu. kadangkadang aku juga terfikir kalaulah aku seorang pencipta lagu yang mengarang cerita kehidupan dalam lirik lagu. sudah pasti beribu lagu aku garap kerana aku suka bercerita. tapi bercerita tentang kehidupan yang indah pastinya. 






kehidupan. apa makna kehidupan buatmu. bagiku prinsip kehidupan itu mudah. sangat mudah jika kau tahu cara menerajuinya. kehidupan umpama kapal di laut yang maha luas dan kau yang tentukan arahnya. begitu juga kehidupan dalam erti dunia sebenar. begitu banyak jalan. begitu banyak pilihan. tapi yang memilihnya adalah engkau. baik jalan yang kau pilih. bahagialah di pengaakhirannya dan sebaliknya. jika kau mengikuti carutan aku di sini. pasti kau ingat tentang entriku tentang kebebasan. kebebasan yang aku maksudkan itulah sebab utama aku cintai kehidupan ini. kebebasan tentang apa juga. kebebasan dalam membuat keputusan. kebebasan untuk membuat penialaian tentang sesuatu. dan segala jenis kebebasan. ya. aku seorang pencinta kebebasan. 






aku tahu semua cintakan kebebasan. aku juga tahu ada dalam hidup ini yang buat kau tersenyum seketika bukan. perkara yang buat kau sasau. buat kau jadi angau. buat perasaan ini seperti terbang di awangan. ya. perasaan cinta kata mereka. sekali lagi. subjek cinta. haha. aku ini memang begini. kepala kadangkadang tidak siuman. akui saja katakataku. indah bukan rasanya bila cinta mendatangi diri. di tampar berkalikali pun masih senyum kerana hebatnya dek penangan cinta. aku tidak tahu berapa orang seperti aku di dunia ini yang belum merasa perasaan itu tapi bisa berbicara tentangnya. akukan perempuan gila. kau tahu itu. 







tapi cinta itu ada beratus jenis. ada cinta berbalas. ada cinta kecundang. ada cinta tiga segi. ada cinta monyet. dan ada juga cinta sejati. tapi malam ini aku tertarik pada cinta yang menanti. cinta yang mengharap akan berbalas di suatu masa. pengharapan yang tidak jelas penghujungnya. selagi bertahan si pencinta selagi itulah cinta itu akan menanti. si pencinta seperti ini yang harus kita puja. si pencinta yang ikhlas dalam takdir cintanya. walau cinta tidak di balas akan di tunggunya sehingga ke ahirnya tanpa paksaan mahupun ugutan. tapi aku tahu semuanya mendambakan cinta tulus. cinta yang abadi. tapi berapa ramai yang bisa mendakap cinta seperti itu. cinta oh cinta. 




itu tentang cinta dalam kehidupan. ada juga bagi merekamereka hidup itu adalah 
kesempurnaan. segalanya harus sempurna. dari atas sampai kaki sempurna. ke sana sempurna. ke sini sempurna. ah. persetan dengan sempurna. kenapa harus sempurna jika hidup yang sebenarnya tidak sesempurna yang kau fikir. kerana itu ramai yang kecewa dengan hidup bila dia merasakan kesempurnaan itu tidak wujud. kesempurnaan paras rupa contohnya. ada yang mengejar kesempurnaan itu walau berhabis harta. suntik. bedah. laser. dan yang sama waktu dengannya. untuk apa semua itu. kecantikan itu milik Tuhan. tiba masa akan hilang juga kecantikan itu. jadi untuk apa risau dan gusar. kerana itu selalu aku khabarkan ramai orang boleh cantik. cantik dengan rupa. cantik dengan pakaian. tapi berapa ramai yang boleh cantik dengan peribadi. 







kerana itu jika kau tanya aku hidup itu tentang apa. akan aku khabarkan padamu hidup adalah seperti apa yang kau inginkan. tidak perlu sempurna. hargai apa yang ada dan bersyukur atas kurniaan itu. dan paling bermakna apabila kau berasa gembira kerana mencintai sesuatu yang merekamereka tidak pandang. dan ketahuilah apabila kau mula belajar erti menghargai bukan kerana segalanya akan sempurna tapi melihat di sebalik ketidaksempurnaan itu. cintai hidupmu seperti aku mencintainya.



No comments:

Post a Comment

dojudge.