May 31, 2011

Selamat Tinggal Mei Dan Sem 2.

semalam hari terakhir bulan Mei. lama aku termenung mengenang peristiwa di bulan itu. dua peristiwa yang buat aku menangis. peristiwa yang buat keyakinan aku terhadap kehidupan di masa hadapan mulai pudar. peristiwa yang menyentap kegembiraan ku dengan kejam. sakit rasanya tiada siapa yang tahu. sakit sungguh sakit. hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana peritnya perasaan itu.

 
aku masih ingat hari itu. hari yang indah. tidak panas tidak hujan. dan hari yang indah itu aku merancang dengan merekamereka untuk berjalanjalan di sekitar ibu kota ini. dari semalam aku sudah di khabarkan result akan keluar. jenuh aku memikirkan perkara itu jadi aku buat tidak tahu. tapi kerana sifat ingin tahu aku gagahi juga berjalan menuju ke pejabat khas untuk course nursing. dari jauh aku sudah bisa lihat kertas putih itu. kerana malas bertekateki aku buang semua perasaan itu. diam. itu yang aku lakukan saat aku lihat kertas itu. kenapa sangat teruk markah untuk assigment itu. sakitnya hati bukan kepalang. puas aku hambur segala nista dalam hati menyumpah orang tua itu. 

kerana sakitnya hati dek markah yang teruk itu, aku batalkan niat untuk keluar bersama mereka. dengan jiwa kosong dan pedih aku seperti orang bodoh di kolej. semua mata memandang aku. tapi aku endahkan kerana mindaku saat itu aku tertumpu pada markah bodoh itu. mungkin aku agak emosi ketika itu. bukan apa. kecewa kerana seperti tidak adil bagiku. bersungguhsungguh aku siapkan assigment itu. sudahnya markah sial yang diberinya kepada aku. memang hari itu ak gila. rasa seperti mahu mati. jadi aku bawa hati yang sedih berjalan sendiri merayau sehingga tengahmalam. saat itu pula hujan lebat. ah. seperti tahu saja aku juga sedang bersedih. desisku dalam hati. 


25 mei. tarikh yang akan aku ingat sampai bilabila. tarikh dimana Tuhan ambil sahabat baikku. kau tahu seperti apa kesedihanku saat itu kerana puas aku luahkan di facebook mahupun di blog ini. kemalangan yang meragut nyawanya menyentap kami yang mengenalinya tentang realiti bahawa dia sudah tiada dimuka bumi ini. sungguh muda usianya bila di jemput Ilahi. dan peristiwa ini yang menghiris lumatlumat hatiku. sangkaku sampai ke tua kami akan bersama tapi Tuhan sudah tetapkan dan telah tertulis dia yang pergi dahulu. dalam kesamaran dibelenggu perasaan percaya atau tidak, aku sedekahkan jua Alfatihah tanda aku merelakan pemergiannya. dan saat aku menaip entri ini aku masih tidak percaya beliau sudah tiada. tidak mengapalah. tidurlah sahabat. walau seribu kali mereka katakan kau telah tiada, persahabatan ini tidak akan pudar warnanya. akan selalu aku warnai setiap saat. kau sahabatku sampai bilabila.



kerana itu aku benci mei ini. mei yang penuh dengan kesedihan. penuh dengan kedukaan. tapi ibu cakap. hari ini derita. esok lusa mungkin kebahagiaan sayang. apa yang terjadi biarkan ia terjadi. redhakan saja. walau apa ranjau yang harus kau lalui. kepahitan yang harus kau rasai. yang menagih airmata dan kesakitan dalam hati. relakan saja. hadapinya dengan senyuman kerana kata ibu itu corak kehidupan. karma dalam kehidupan. tidak perlu kau tentang karma itu. itu aturan Tuhan. 

tapi dari tiaptiap kesedihan itu aku mengutip pengajaran. aku kalihkan pemikiran pada sudut positif. buang semua rasa pelit. rasa sebal. rasa sedih. kegagalan itu selalu terjadi. kegaglan bukan bermakna gagal selamalamanya. kenapa perlu berhenti menapak kalau kau sendiri belum tahu kesudahannya. jadi dari kegagalan itu aku wujudkan keberanian untuk menopang sebuah kejayaan semula. hidup ini aku punya. aku tidak mahu menangis lagi. usai peristiwa tentang sahabatku. aku sedari mati itu pasti. lambat atau cepat kita pasti kembali padaNya. kita ini hambaNya. dari Dia kita di cipta dan kepadaNya jua kita kembali. tapi harusnya kita jadi hambaNya yang setia yang sentiasa mencari keredhaanNya sebagai khalifah di bumi ini. 


kadangkala kesedihan buat kita jadi jatuh. jadi hilang arah tuju. tapi untuk apa bersedih menangis meraung dan menganyam derita di hati. bangkit dari kejatuhan. itu yang penting. usai sudah merenung nasib. lihat jalan dihadapan dan teruskan berjalan tanpa raguragu. :)


2 comments:

dojudge.