May 25, 2011

Jangan Menangis.Tuhan Lagi Sayang Dia. :)

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang. . . .

pagi itu seperti pagipagi yang biasa. pagi yang seperti harihari kelmarin yang aku lalui. bangun pagi. bersiap. solat subuh. hospital. ya. seperti hari kelmarin. hari itu juga aku lalui benda yang sama. tapi hari itu aku sedikit gembira. apa yang aku harapkan jadi kenyataan. aku pulang jun ini. selamat tinggal kesedihan.aku lulus dalam final exam. gembira bukan kepalang. tidak sabar rasanya melihat wajah wanita tua itu. saat itu senyuman ini panjang sampai ke telinga.


aduh. terdetik hati untuk membuka telefonbimbitku. entah kenapa hati jadi tidak sedap. seperti ada yang kurang dimanamana. aku mula mencari dan mula berkirakira. ah. hati kecil bersuara cuba menenangkan gelodak jiwa. 

~2 mesej diterima.
~you have 3 misscalled from 013****** since 10.30.

eh. mimpi apa mereka. tibatiba tiada ribut tiada tsunami semua sibuk menghubungi aku. dan yang paling pelik semuanya bertanya benda yang sama~andi,ko ada dengar pasal deejakah?? aku sudah mula jadi bingung. jadi rasa pelit. jadi panas pun ada. kenapa tidak aku harus jadi panas. jadi sebal. mereka mahu mainmainkan aku. sudahlah ketika itu aku aku di wad. aku mula berkirakira sekali lagi. kenapa harus saat ini mereka mesej aku. dan kenapa mereka mengatakan benda yang sama. hari ini hari jadi aku kah? ada hari istimewakah? ah. tiada rasanya. jadi. kenapa. kenapa. 

belum habis aku bertekateki, satu panggilan masuk. kawan lelakiku yang telefon aku. jamil namanya. jamil cakap. andi, si deeja.........si deeja andi.......td subuh dia meninggal......meninggal sebab kemalangan di kota kinabalu. kata jamil. lantas aku jawab dengan kasar. kau jangan kasi mainmain aku. agakagak lah kalau mahu kasi kena aku sekarang. aku di wad ne. berkalikali aku menidakkan katakata jamil dan selama itu jugalah jamil yakinkan aku dia sudah pergi. dia sudah pergi andi. betul. kurang sudah kawan kita satu orang. jamil cakap dengan suara sedih. dengan suara sebak. aku jadi kaku. jadi batu. statik sambil melempar pandangan di siling wad........ .   .     .


yaAllah ketika itu Tuhan saja tahu rasa hati ini seperti apa. air mata kaku tidak keluar kerana jiwa masih merontaronta untuk memilih samaada percaya atau tidak. aku jadi tidak keruan. kerana terkejut yang melampau. ditambah dengan sebak. segala jenis perasaan datang. infiniti. itu yang buat aku terkesima. jadi tergamam. tapi akhirnya jatuh jua airmata ini ke lantai wad. jatuhnya ari mata bersama rasa tidak percaya dia sudah pergi. mukaku yang tadinya gembira garagara result tibatiba jadi sugul. sugul seperti mayat hidup. ah! kepala mula sakit. airmata tidak berhenti mengalir. kuatlah hati. sudah. berhenti menangis. dia sedang lihat kau. jangan menangis.nanti dia siksa. 


HADIJAH BTE LATIP. nama di beri. orangnya kalau senyum kau juga turut terikut senyum. kecil molek orangnya. lembut. ayu. cantik. kerana itu dia jadi rebutan ramai kaum adam. sukar baran. kerana itu dia selalu dibuli. berbeza sungguh dengan aku. sangat kontra. hitam dan putih. tapi kami kawan baik. baik gilagila tahap dewa. dia tidak pernah ambil hati kalau mulut perempuan gila ini menghambur katakata pedas. tidak pernah marah bila perempuan baran ini meradang membabibuta. tidak. tidak sekali. usai sudah kenangan bersamanya. terlalu banyak. sangat banyak. walau aku sekejam itu, dia tetap mencari aku untuk bercerita tentang masalahnya. meluahkan padaku. kerana itu aku sayang dia. sayang sangat.


ketika aku karang entri ini, arwah sudah selamat di kebumikan. arwah sudah berada di lianglahad. sudah terpisah dengan alam dunia ini. dan ah! aku masih seperti tidak percaya. mimpikah aku. kalau ini mainan syaitan laknatullah, bangunkan aku. aku benci mimpi ini. tolonglah. kejutkan aku. tapi tidak. ini realiti. ini suratan. ini ketetapan Tuhan. jangan lawan ketentuan ALLAH. berdosa besar. kita ini hambaNya. dari Dia kita diciptakan dan padaNya jua kita kembali. mati itu juga pasti dan tidak akan tertangguh bila masa sudah sampai. kerana itu dalam AlQuran, ALLAH ada sebut kun fa ya kun. tiada siapa bisa mengubahnya hatta manusia yang paling tinggi darjatnya yakni Rasullullah. 


aku tahu. aku jua sedar saat ini semua bersedih. berkabung atas pemergian beliau di usia muda. sangkaku kami berlima berkawan sampai mati. tapi sudah kurang seorang. ya. tinggal kami berempat kerana ajalnya sudah sampai. sedih. sebak. terkejut. aku tahu. itu yang kau rasa. walau berkali aku katakan bersabar, rasa sedih itu pasti tidak hilang bukan. siapa cakap aku kuat. siapa kata aku tabah. aku juga menangis. aku juga terkulai dalam kesedihan ini. tapi sampai bila mahu menganyam derita di hati. hatimu siksa.hatinya begitu juga. jadi aku tahan. aku tidak mahu arwah tersiksa. sudahlah sahabat. jangan meratapinya. biarkan beliau pergi dengan aman. biarkan dia tenang disana.


deeja, pergilah sayang. bersemadilah kau dengan aman. jangan risau. walau Tuhan ambil nyawamu, persahabatan ini tidak akan hilang. tidak akan lupakan. tidak akan aku buang. malah. aku semat dia dengan sempurna di hati ini. cukup sempurna. pertemuan dan perpisahan itu ketentuan ALLAH. walau beribu kali aku katakan aku mahu kau kembali dan tersenyum untuk aku, tidak akan berlaku walau sesaat. oleh itu, aku redhakan pemergianmu. hari ini kau sayang. esok lusa kami pula. tidurlah adik comel. tidurlah disana. kalau gelap, jangan takut. kami kirimkan kau Fatihah penerang tempat tidurmu. selamanya aku menyayangimu. walau ajal pemisah kita, persahabatan ini kekal sampai akhirat. kita tetap adikberadik. selamat malam sayang. tidurlah dengan lena. salam sejahtera ke atasmu. :)




8 comments:

  1. alfatihah...w'pun arwah x brapa rapat dgn ku time form 2 & 3,tapi kehilangannya btl2 buat aq terasa,pd hal,sehari sblm arwah pergi,ktua kelas kita nak buat reunion time raya nanti dan smua mesti datang,tapi apa kan daya,sdh ketentuan Allah takdirkan arwah pergi dulu dari kita,hanya mampu b'serah sj...smoga arwah tenang di alam sna..amin

    ReplyDelete
  2. al-fatihah.. semoga dia ditempat bersama org2 yang beriman..

    ReplyDelete
  3. al fatihah......aq sayang ko deeja...
    dri dulu smpi skrg wlu kita jarang jumpa..nmun kmu smua tap dhatiku.........aq syg kmu n aq syg ko ....semadilah gan aman...

    ReplyDelete
  4. aq syg kamu deeja..syg sgt2............

    ReplyDelete
  5. Al-Fatihah....smoga ko tenang d sana deeja,Ya Allah tmpt kan la arwah d tmpt y mulia

    ReplyDelete
  6. saya sayang dia. sampai hari ketiga pemergian arwah pun saya masih tidak percaya dia telah pergi menyambut seruan Illahi. tapi apakan daya. semua itu suratan takdir. saya minta pada sahabat, mari kita sedekah alFatihah buat arwah.semoga roh beliau di cucuri rahmat dan ditempatkan roh beliau di kalangan para solihin serta diterima segala amal di dunia. aminn. selamanya kau sahabatku HADIJAH BTE LATIP (10.10.1991-25.02.2011)

    ReplyDelete

dojudge.