May 23, 2011

Jangan Hina Kerja Kami.

*mengeluhpanjang*

termasuk kali ini sudah 5 kali kerjaku taip..padam...taip...padam...akhirnya.... . . 
aku mati akal ketika ini. tapi hari ini sekali lagi aku saksikan kebodohan seseorang bila menyusun katakata. ini yang aku mahu khabarkan padamu.tapi untuk memulakannya kali agak sukar. mungkin kerana badan sudah penat tapi otakku masih berputar ligat mencari kata menyusun kombinasi sistematik untuk aku sampaikan cerita si manusia bodoh padamu. ..........

seingat aku,sudah aku khabarkan bukan aku kerja sebagai apa kepadamu. bukan kerja sebenarnya. aku masih menuntut ilmu tapi dalam bidang itu. aku bakal seorang nurse ataupun merekamereka disemenanjung menggelarnya misi. ya. aku misi. jadi misi banyak cabarannya. banyak dugaan. dan misi kerjanya berkait dengan manusia jadi sudah pasti manusia yang ditemuinya pelbagai ragam. pelbagai rupa. ramai yang baik. ramai yang mesra. memang ramai. tapi dikalangan merekamereka ada yang jadi parasit. parasit yang buat hati misi ini jadi sebal. jadi panas kerana katakatanya yang bodoh. 

wad orthopedik. hari ini aku dan temanteman ditugaskan disana. bukan hari ini sahaja tapi sepanjang minggu ini. orthopedik wad khas untuk mereka yang kaki patah. patah tangan. kemalangan. dan semua yang berkait dengan tulang. wad itu adalah wad lelaki. itu aku tidak kisah. sebelum ini juga aku pernah di wad lelaki. tapi wad lelaki dan yang kemalangan selalunya mat rempit. ah. kau juga tahu. tidak perlu aku jelaskan seperti apa perangai mereka. 

studentnurse,ambil itu.studentnurse,tolong kejap. ok. itu aku boleh terima. dengan kondisi kaki yang berbalutbalut itu sudah pasti pergerakan mereka terbatas. tidak mengapa. aku turutkan sahaja. bukan itu isi utamaku. kau belum dapat apa sebenarnya yang aku mahu cerita. misi ini punya hati. punya maruah dan marah bila maruahnya dipijakpijak. nurse,happy tak?? lepas ne boleh pegi cuci tahi. kompem bersih kalau korang yang buat. oh palui! mulutmu bercakap seperti babihutan. pada saat itu aku hanya mampu diam dan senyum seadanya. aku masih ingat Tuhan dan aku tahu aku cuma student. hanya mampu mendengar dan senyum. titik. 

aku tidak salahkan dia. aku tidak salahkan hamba Tuhan itu. mungkin dia cetek ilmu. orang cetek ilmu ini biasanya mulutnya juga seperti otaknya. memang. kalau aku ikutkan hati yang baran ini sudah lama aku hambur kata nista tepat kemukanya tapi aku sudah belajar bidang ini profesional. maka aku ambil langkah wajar untuk berdiam. kenapa harus pandang serong pandang hina kepada kerja seperti kami. berfungsikah hospital itu tanpa orangorang seperti kami. kau cuma pesakit biasa. tapi egomu dari katakatamu itu subhanallah. tangan yang kau hina mencuci tahi. tapi tangantangan itu juga yang mnjaga perihal dirimu selama kau berada di hospital. jadi kenapa katakata nista yang kau hadiahkan bukan terimakasih. huh. manusia. aku jadi baran bila ada manusiamanusia seperti ini. terbit rasa menyesal bilamana aku tahu pandangan meraka terhadap pekerjaan ini. kenapa aku ambil jalan ini. kenapa.

jangan risau sayang. sudah sejauh ini aku berkayuh. manakan bisa aku berhenti kalau tidak mahu terjatuh. jadi aku putuskan untuk terus mengayuh. tapi sampai saat bila aku berhadapan seperti mulut itu. tahulah aku apa harus aku lakukan. sampai bila harus berdiam menganyam sakit hati bila dipandang serong sebegitu. tidak. tidak akan. kerana itu aku menyimpan citacita. aku tidak mahu selamanya di panggil misi. aku mahu lebih tinggi dari itu. mungkin aku berhenti dan buat bisnes sendiri siapa tahu. Nabi juga sudah pesan kekayaan di bumi 90 peratus datang dari perniagaan. kenapa tidak aku mencuba. pesanku. hormat orang yang simpati pada dirimu. keikhlasan mereka menolong setidaktidaknya kau bayar dengan ucapan terimakasih. itu sudah cukup. teringat pesan ibu. bersyukur pada yang menghina kerana mereka memperkuat hati kita. jadi. terimakasih kerana menghina aku tadi. kau hutang budi pada aku.



No comments:

Post a Comment

dojudge.