May 29, 2011

Kita Ini HambaNya.

awan masih biru. angin masih segar. rumput masih hijau. hening pagi masih beri harapan. ya. masih sama seperti semalam. tiada yang berbeza. syukur. hari ini aku masih bisa senyum dan ketawa. masih bisa menikmati keindahan yang diciptaNya. masih bersama mereka yang aku sayang. syukur. syukur Alhamdulillah yaAllah. :)


semalam. hari yang mendung. hari yang hiba. hari berkabung buat kami yang mengenalinya. Tuhan ambil nyawa si sahabat. hati jadi sebak. jadi sesak bila kematiannya ibarat menyentap separuh dari semangat di jiwa kerana sayangnya kami padanya. tapi itu jalanNya dan pengaturnya adalah Allah. kita hamba yang hina harus akur. harus patuh. walau kenyataannya perit. pelit. tapi harus ditelan kerana suratan takdir dariNya Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang. 


kadang jiwa kecil ini bertanya dan berkirakira. apa yang si sahabat rasakan di sana. apa yang di laluinya. bahagiakah dia. tersenyumkah dia saat ini. dan bila hati dan minda mula bertekateki perut rasa kecut. rasa takut muncul. sediakah aku. cukupkah amalanku untuk bekalan penghisabanku kelak di masyar. nerakakah aku di humban atau di syurgakah aku di letakkan. LAILAHAILLAH. hati jadi takut hatta diri sering terleka dalam mengerjakan suruhanNya. hati ini lemah yaAllah. sangat lemah. hari ini aku sujud padamu. tapi mungkinkah esok lusa aku masih sujud seperti hari ini. hati ini mudah leka. mudah lalai. apatah lagi bila si syaitan laknatullah datang menghasut. maka terkulailah aku dalam pujukannya melupakanmu sesaat. hinanya aku. Subhanallah. 


sudah hampir 20 tahun aku hidup dan bernafas di alam yang di pinjamkanNya. udara yang aku hirup setiap hari. rezeki yang di makan. anggota badan yang sempurna. kesihatan. dan segala nikmat dan syafaatNya yang di beri buat aku dan setiap wajahwajah itu. namun. berapa kali aku ucap Alhamdulillah dan bersujud syukur pada kurniaaNya. berapa kali. berapa kali. oh hati! kau tahu semua itu. beri aku jawapan. sempurnakah aku sebagai hambanya. sempurnakah aku. pemurahnya Tuhan. sayangnya pada hambaNya tidak dapat di nilai. infiniti. ya. malah lebih dari infiniti. tapi wajahwajah itu termasuk aku selalu lupa. selalu lalai. bongkak pada nikmat yang ada pada diri. ego pada kelebihan yang Tuhan beri walau pada hakikat pemilik mutlak adalah Dia. ALLAH SWT. 


DUNIA. apa yang ada di dunia. segalanya termasuk yang ada di alam ini bila sampai masanya akan Tuhan ambil. itu janji Tuhan. Tuhan akan ambil. pasti Tuhan akan ambil. dan sebelum masa itu tiba waktu akan tetap berjalan. tapi tiap wajahwajah itu ada masanya. dan bila waktu untuknya telah berhenti yakni ajal datang menjemput, saat itu teman sejatinya hanyalah amalan. kerana itu sekali lagi aku tanya pada hati ini. cukupkah. bersediakah kau untuk melaluinya bila kau tidak sedari masa telah tiba. mampukah kau laluinya tanpa sesalan kelak. kerana itu wahai hati. sedarlah. janganlah leka lagi. sujudlah pada TuhanMu. Tuhan sekalian alam yakni ALLAH. 


tapi aku takut. bila hati ini telah tekad mahu patuh sujud padanya mengerjakan yang wajib 5 kali sehari. sedikit demi sedikit mula jadi lalai. mula aku remehtemehkan. mula ak tangguh. akhirnya aku tinggalkan sertamerta dan bila aku tersedar sudah sejauh aku tersasar aku kembali ke titik asal dan begitu sehingga hari ini. hitamkah hati ini sehingga iman tidak mampu lekat di dada. lemahkah hati ini melawan hasutan syaitan durjana itu. yaAllah. kuatkan aku yaAllah. bentengkan jiwaku dari kelalaian itu. aku minta padaMu. aku minta sungguh padaMu. 


dan pada wajahwajah yang lainnya seperti aku. sedarlah. jangan jadikan usia mudamu jadi alasan. Jangan bila di lianglahad kelak baru kau minta di hantar semula ke dunia untuk sujud seikhlas hati padaNya. dan saat itu ketahuilah tidak akan berlaku walau sesaat. kerana itu. aku mahu sedar di usia muda ini. aku mahu hati ini kuat. aku mahu hati ini mengabdikan diri pada Tuhan sematamata. aku mahu hidupku aku terajukan dengan berpaksikan pada Allah. ya. memang itu yang sewajarnya. aku akan cuba. pasti. biar sedikit demi sedikit. dengan sedikit itulah akan aku kumpulkan segala kekuatan iman untuk menentang bila kelalaian itu datang. pasti. akan aku tentang habishabisan. bantu hambaMu ini yaALLAH. aku meminta padaMu dengan seikhlasnya bersama pengharapan ini. dengarlah doa hamba ini. aminn. 


~fahami makna ayat kursi ini. selami maknanya. ALLAHUALAM. 



~Terjemahan ayat Kursi/Al-Baqarah 225~

"Allah tiada Tuhan melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus makhluk Nya,tidak mengantuk dan tidak tidur.Kepunyaan Nya apa yang ada di langitdan di bumi.Siapakah yang dapat memberisyafaat disisi Allah tanpa izin Nya?Allah mengetahui apa-apa yang di hadapanmereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikendaki Nya.Kursi Allah meliputi langit dan bumi.Dam Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan allahMaha Tinggi lagi Maha Besar."


No comments:

Post a Comment

dojudge.