itu realiti hidup. susah menasihati bila kita sendiri tidak sempurna. cuba selamatkan rumah orang lain tapi rumah sendiri sudah hanyut. itu yang aku benci. menerima hakikat diri sendiri tidak sempurna. tapi adat berkawan. bila dia yang terleka maka kau harus sedar tugasmu sebagai sahabat. ya. itulah yang aku cuba lakukan. tapi bisa sebal bila lenguh otot mulut berbicara tetapi di endahkan sahaja. ah. biarlah. kalau itu yang kau mahu silakan. jangan di kemudian hari kau tuntut kepada aku kenapa tidak mengingatkan kau. berkali aku katakan padamu. api itu panas. jangan bermain dengannya. kelak kau yang terbakar. bukan sekali. duaratuslimapuluhkali. malah lebih. nanti bila hangus baru kau salahkan orang di sekililing. sedarlah kawan. sedarlah.
saat ini sudah terlaksana tugasku. apa jadi kelak itu urusanmu. rasa pelit bila kau nafikan katakataku. gayamu seperti kau lebih tahu bikin aku jadi panas. pergilah. pergilah buat ikut suka hati kepala otakmu. aku sudah rimas mahu berhubungkait dengan kehidupanmu. aku sendiri ada kehidupan. aku sendiri ada masalah. maka yang terbaik buat kita. ikut haluan masingmasing. itu lebih baik dan molek. terimakasih kerana endahkan aku. terimakasih.
huhuhu...lek luu....nasihat kat org kalo dye ta dgr bio kan la...
ReplyDeleteitu pasal lah. penat mw nasihat biar dya sndri pikir.
ReplyDelete