May 16, 2011

Malam Ini Malam Jiwang.

Ada sahabat yang berkata aku buta. aku pekak. aku bisu. ya. memang aku buta bila di khabarkan tentang cinta. aku pekak bilamana mereka bercerita tentang cinta. dan aku bisu bila ditanya tentang cinta. hah. bukan. bukan aku tidak tahu apa itu cinta. bukan aku tidak kenal apa itu cinta. aku tahu seperti mana kau tahu apa itu cinta. ya. aku tahu sayang. bagi yang bercinta. jangan perlekehkan bicaraku saat ini. ini dari aku. dari kotak fikiranku yang aku mahu khabarkan padamu. benar atau tidak kau saja yang adilinya.


*menghembus panjang*


ah! lama sungguh aku terleka. melempar pandangan kosong pada kotaksegiempat ini. ku kira ini entri yang agak susah untuk aku tulis. berduyun idea datang dipeti minda tapi peliknya tidak tahu harus dari mana aku mulakan. sudahnya taip padam taip padam. 


*tersenyum*~kau tahu kenapa aku senyum. ini subjek cinta. harusnya aku senyum bukan. haha


indahnya cinta bagi yang merasanya ketika mula berputik. pahitnya cinta bagi yang merasanya bila cinta mula hilang. lumrahnya adat bercinta. padaku cinta yang aku ketahui hanya sekadar teori. itupun yang aku kutip dari ceritacerita sahabatku. cinta itu begini. cinta itu begitu. ku susun satu persatu kisah mereka. nah. jadilah teori cinta pada benakku. tapi sejauh mana benarnya teoriku hanya yang berkasih mampu menilainya. mereka lebih arif bukan. mereka lagi tahu manisnya cinta itu seperti apa. 


...............


mereka khabarkan cinta itu paling manis saat mula ia berputik. saat keluar dari mulut si adam aku cinta kau. atau sudikah jadi kekasihku. dan yangsamawaktudenganya. ketika itu dunia seperti miliknya. dalam hati ada taman katanya. aku tersenyum. bahagianya dia sendiri yang tahu. cinta oh cinta. sampai begitu sekali auramu. pheww.


*berkirakira mahu menyambung lagi*


hah. itu ketika cinta manis seperti madu. tunggu bila cinta sudah bertukar rasa jadi pahit. ada yang bila hati sudah remukhancur mahu ambil jalan singkat;bunuh diri. itu satu cerita. ada juga menyimpan dendam kesumat akibat pahitnya cinta. banyak. sangat banyak untuk aku ceritakan. kerana itu pada teoriku juga si pencinta itu adalah si bodoh. sudah tahu sakitperitnya akibat cinta tapi masih ditagihnya juga benda itu. jangan baran. ini katakataku tentang cinta. hormat pendapatku. adilinya dengan sewajarnya. 




tidak perlu aku cerita berjelajela apa yang terjadi bila sudah terkena penyakit cinta. jangan bohong. kau tahu manis dan pahitnya cinta itu bukan. ahhh! kau apa tahu. itu hanya teorimu. tunggu bila cinta kena padamu. kau juga akan jadi si bodoh. katakata si pencinta bila aku khabarkan apa itu cinta. aku tersenyum lagi. ya. tunggu cinta itu datang. aku juga penasaran mahu tahu apa jadi pada aku. tapi cuba kau fikir sayang. saat kata itu kau lemparkan padaku. muncul lagi teori yang aku garap tentang cinta. 


kepercayaan. ya. kepercayaan. 


salah bila kau khabarkan padaku dia setia. mana mungkin dia berpaling dari cinta yang kau abdikan untuknya. salah. memang salah. nanti bila karma tetapkan dia khianati cintamu. nah. apa yang kau mahu kata. kau percaya dia bukan. tutup matamu dan nafikan bahawa dia pengkhianat cintamu. itu kerja gila. kerja bodoh. memang kau bodoh kalau kau yang terkapai menagih cinta pada si pendusta cinta. 


*mengeluh*


seperti ada yang tidak lengkap pada entriku. aku tidak tahu dimana lompang itu. mungkin jiwa ini masih suci. belum pernah merasa manis mahu pahitnya cinta. kerana itu aku masih tidak bisa simpulkan apa cinta sebenarnya. banyak yang menawar kepadaku untuk mengenali dan merasa sendiri cinta. tapi aku tolak dengan senyuman. aku ini pelik. jiwaku memang pelik. aku cinta kebebasan. kau tahu maksudku. walau kadangkadang hati terdetik minta di wujudkan rasa itu. tapi hanya sebentar cuma. hanya sekilas. kerana itu selalu aku khabarkan aku ini perempuan gila. perempuan gila yang pelik dengan jiwa sendiri. itulah aku. ya. itulah aku dengan sesuatu yang kau panggil cinta.


............................... . .    .







No comments:

Post a Comment

dojudge.