May 18, 2011

Jangan Menilai Semudah Bicara.

Ada manusia kerjanya berbicara ego. kononnya dia begini. kononnya dia begitu. habis dipulun semua orang pasal dirinya. ah. dengan golongan mereka ini aku berasa begitu pelit untuk seiringan dengan mereka. bukan kerana apa. risau terjangkit penyakit hipokrit itu. sudah banyak aku lihat manusia seperti itu. dan paling jengkel bila melutut meminta pada aku. padahal baru sahaja tadi dipukaunya orang mendengar hikayat dongengnya. oh. begitu sekali kau. 




ada sahabat berkata kenapa kebanyakan entriku bermadah sinis. kenapa. ya. memang. sejak azali lagi aku khabarkan memang dalam dunia maya ini banyak yang aku lakarkan tentang watakwatak mereka. tentang sifat mereka dan cara hidup mereka. bukan aku mahu mencanangmencaci mereka. tapi pada hematku kalau aku bercerita sahaja watak tanpa mendedahkan pelakunya itu tidak mengapa bukan. malah diriku sendiri aku cerita disini. tidak. bukan itu. jangan kau conteng dulu pemikiranmu tentang aku. ini untuk kau dan aku. untuk kita samasama singkap apa yang putih. apa yang kelabu. dan apa yang hitam. titik.


dan pada itu juga mereka bertanyakan aku soalan. heh. katamu kau ini hardcore tapi kenapa warna itu yang kau pilih. bicaranya ketika aku dan dia di sebuah kedai baju. haha. kelucuan yang aku rasakan saat itu. ada apa dengan warna. aku ambil warna ini bermakna aku ini seperti perempuan gedikkah. begitukah maksudmu. salah kau kawan. itulah salahnya manusia. suka menilai secara keseluruhan dari seperempat dari dirimu. sukasuki hatinya dia cerakinkan sifat dirimu. kalau saja Tuhan kurniakan kita ini kuasa untuk mengenal manusia lain alangkah bagus. Tapi bijaksananya Tuhan. Maha mengetahui dari segalanya.


kadangkadang aku juga seperti itu. suka menilai tanpa melihat hingga ke intipatinya.ini yang selalu buat kita salah pengertian kepada merekamereka. ambil caraku. berkawan dengan mereka. kenali dia sewajarnya. baru kau nilai dia. tapi ingat bukan seratusduapuluhperatus penilaianmu betul. aku ringkaskan saja jangan mudah menilai seseorang kerana yang berhak mutlak menilai adalah diri sendiri kerana lebih tahu bukan. jadi kalau aku diam lebih baik. nilai diri sendiri itu yang utama. 




p/s: blog aku kaler pink2 tapi aku tetap perempuan gila hardcore. LOL





No comments:

Post a Comment

dojudge.