May 18, 2011

Dengar Bila Aku Nasihat.

Aku tahu aku ini seperti apa. manusia tidak sempurna. aku tahu aku perempuan baran. aku tahu aku dahulukan diriku dari orang lain. ya. memang. segala yang buruk untuk aku. Tapi kadang bila kau yang terleka dan bilamana sahabat lain meminta untuk menasihatimu amat payah untuk aku turuti kerana aku tahu dimatamu aku ini siapa untuk mempersoalkan cara hidupmu. Tapi bila aku nasihati kau sila dengar. kau sahabatku maka memang itu yang seharusnya aku lakukan. mana mungkin aku membiarkan kau terkapaikapai kelemasan dalam kenaifanmu. jadi bila aku tunjuk padamu jalan yang betul, ikut aku. jangan ego. nanti kau yang sakit di kemudian hari. dan bila saat itu tiba jangan kau canang diriku. begitu juga temanteman yang lain.

itu realiti hidup. susah menasihati bila kita sendiri tidak sempurna. cuba selamatkan rumah orang lain tapi rumah sendiri sudah hanyut. itu yang aku benci. menerima hakikat diri sendiri tidak sempurna. tapi adat berkawan. bila dia yang terleka maka kau harus sedar tugasmu sebagai sahabat. ya. itulah yang aku cuba lakukan. tapi bisa sebal bila lenguh otot mulut berbicara tetapi di endahkan sahaja. ah. biarlah. kalau itu yang kau mahu silakan. jangan di kemudian hari kau tuntut kepada aku kenapa tidak mengingatkan kau. berkali aku katakan padamu. api itu panas. jangan bermain dengannya. kelak kau yang terbakar. bukan sekali. duaratuslimapuluhkali. malah lebih. nanti bila hangus baru kau salahkan orang di sekililing. sedarlah kawan. sedarlah.

saat ini sudah terlaksana tugasku. apa jadi kelak itu urusanmu. rasa pelit bila kau nafikan katakataku. gayamu seperti kau lebih tahu bikin aku jadi panas. pergilah. pergilah buat ikut suka hati kepala otakmu. aku sudah rimas mahu berhubungkait dengan kehidupanmu. aku sendiri ada kehidupan. aku sendiri ada masalah. maka yang terbaik buat kita. ikut haluan masingmasing. itu lebih baik dan molek. terimakasih kerana endahkan aku. terimakasih. 



2 comments:

  1. huhuhu...lek luu....nasihat kat org kalo dye ta dgr bio kan la...

    ReplyDelete
  2. itu pasal lah. penat mw nasihat biar dya sndri pikir.

    ReplyDelete

dojudge.