May 20, 2011

Biodata. Friendster. Facebook.

panas sungguh. bahangnya matahari seperti mengigit kulit. bumi sudah tidak sihat. sakit. semalam sahaja di berita utama pukul 8 dikhabarkan separuh dari bumi malaya ini bakal tenggelam. pendapatku tentang itu. kosong. blank. tiadaapaapa. bumi ini semakin tua. dan kau sedia maklum kita ini umat terakhir. kau tahu maksudku. kiamat sudah dekat. tapi sediakah aku. dan sediakah kita. Allahualam. 

streeeeetttt. sekejap. cerita aku bukan tentang itu. tapi tentang sesuatu. ada seorang teman di alam maya meminta aku bercerita tentang kegilaan merekamereka saat ini. kegilaan yang bisa buat hidup jadi berantakan. jadi kucarkacir. jadi hancur. tapi kegilaan itu juga ada yang bikin bahagia. bikin hidup jadi indah. ya. kegilaan yang buat manusia jadi gila. itulah yang aku panggil fenomena alam maya. kegilaan itu yang namanya FACEBOOK. 

dulu. suatu ketika dulu. ketika aku masih darjah 4. habis buku kajang di kedai buku di pulun mereka. aku tanyakan buku apa itu. kerana ketika itu aku masih sakai. aku jadi pelik bila dalam setiap helaian kertas itu tertulis>> nama: DOB: nickname: fav color: and etc. inilah biodata. aku tanya lagi untuk apa. dia jawab dengan muka menyampah dan merenung aku. suka2 katanya. aku tanya lagi. aku ini dulu mulut banyak cakap. suka persoalkan benda yang pelik bagiku. kataku buat apa. bukannya bagi untung. buang tenaga saja mahu isi benda itu. terus di tinggalnya aku dan sejak itu dia tunjukkan muka sebal pada aku. itu dulu. masa aku masih pakai seragam dress biru tua. rambut ikat dua. botol masih bergantung di leher. dan suka menangis; bila dibuli.

bila aku di tingkatan 3 pula. ada lagi kegilaan baru di kalangan mereka. friendster katanya. sekali lagi aku kesakaian. tapi aku tidak ambilpusing. aku lebih peduli tentang PMR yang bakal aku duduki. tapi memang rasa cuak bila mereka sibuk bercerita tentang itu. lantaklah. dari buang duit ibu ke pusat siber kerana ketagih benda itu lebihbaik aku diamdiam dirumah tidur. 

dan sekarang. aku rasa sejak aku ditingkatan 5 lagi kegilaan ini mula mengjangkiti merekamereka. FACEBOOK. ya FACEBOOK. tapi yang ini lebih canggih dari friendster. memang lebih canggih. fungsinya lebih banyak. terlalu banyak . kau pun bukan. tipu kalau kau tidak tahu. bukan remaja kata mereka kalau tidak tahu apa itu FACEBOOK. aku pun juga dalam kegilaan itu. tidak kira pagi tengahhari petang atau malam memang itulah yang aku hadap. malah dulu ketika aku baru mula kenal kegilaan ini aku sampai bengkak mata masih terpacak di hadapan kotaksegiempat ini. penangannya FACEBOOK. bikin orang jadi gila. gila sampai tidak makan. tidak mandi. tidak tidur. dan macammacam tidak lagi. 

tapi aku mahu cerita satu yang semua orang suka pasal kegilaan itu. cinta. ya. di sebalik kegilaan itu bisa jumpa cinta. haha. mulamula commentlike gambar. kemudian chatting, minta nombor telefon. dan seterusseterusnya. dan bila sudah merancang bertemu. dari mata turun kehati kata orang tua. jadilah CINTA.

tapi bagi aku itu semua benda remeh. cinta facebook. ah. limapuluhperatus antara percaya atau tidak. lubuknya si pencarut si lidah bercabang si kasanova semua berkumpul di sana. kerana itu aku kadangkadang tidak percaya merekamereka yang ada disana kecuali rakan terdekat atau yang rapat dengan aku. dan yang paling aku benci apabila mereka upload gambat yang pelikpelik. yang bikin mual bikin panas. sudahnya aku untagged gambar itu. ada pula yang baru. tagline mereka burung pipit warna biru. twitter namanya. tapi yang ini merekamereka tidak terlalu obses. jangan tanya aku kenapa. aku sendiri tidak tahu. ah. cukup sajalah. sudah kering otakku mahu mencarut disini. 



ps: credit to a person who giving me inspiration for this. thanx acok strokes. :)

2 comments:

dojudge.