February 24, 2013

Aku penat.

Aku benci dalam situasi yang memaksa aku untuk berdiri di tengah, contoh ;
Antara mahu dan menolak
Antara pergi dan tidak beranjak
Antara diam atau bersuara


Aku cukup faham dan tahu bahawa pilihan itu milik kita tapi untuk merasa dan menelan akibat dari keputusan yang aku ambil adalah paling kelat.
Aku adalah manusia paling berfikir tentang suatu perkara hatta sekecil input dan ada kala masa aku manusia paling denial untuk sesuatu. Paling senang bisa aku simpulkan aku manusia ikut sedap hati tapi dalam masa yang sama aku ambil peduli orang-orang di sekeliling aku dan kesannya. Dan kerana sifat aku yang satu inilah ramai yang terbiasa menggarap aku manusia jahat dan pergi selepas puas ludahkan aku. Tapi aku tidak ambil kisah sayang. Perbuatlah apa yang kau hajati, makikan aku sepuasnya tapi kendian jangan muncul di hadapan muka sebal aku.


Dan aku paling benci untuk menjadi orang yang berada di tengah tatkala orang di tepi aku menyaji aku dengan keluhan, kemarahan, rungutan bertalu-talu. Ampun manusia semua, ampunkan aku. Untuk mendengar keluhan dan rungutan kalian terhadap hidup kalian sendiri, aku sudah penat dan muak. Bersyukurlah kau diberi oleh Tuhan hidup yang sempurna tapi azalinya manusia sentiasa tidak pernah merasa cukup. Cuba kau rujuk dan semak kembali apa yang terkurang dalam hidupmu dulu kerana apa yang kau ada hari ini atau apa yang kau hadapkan hari ini adalah atas apa yang kau jadi suatu masa dahulu. Kalau dahulu kau anjing terhadap sesetengah perkara atau manusia dalam hidupmu, maka anjinglah hidup kau hari ini. Karma always bite us back, dear. Jadi terima dan diam dan jangan sampahkan dan semakkan hidup aku dengan keluhan dan rungutan kau.


Seriously aku cakap jadi orang tengah sangat penat.
Aku penat.

No comments:

Post a Comment

dojudge.