July 20, 2012

Ahlan wasahlan, Ramadhan !

AllahuAkbar, AllahuAkbar, AllahuAkbar.
Praise to Almighty Allah, here we go. Another Ramadhan is coming. 


AllahuAkbar, AllahuAkbar, AllahuAkbar.

Maha suci Allah, Kau berikan kepada kami satu bulan rahmat yang penuh dengan keampunan dan redhaMu y-Allah. Kau bukakan seluas-luasnya pintu syurga dan Kau tutup pintu neraka serapat-rapatnya. Maha suci Allah. Engkau-lah Tuhan Maha pemurah di kalangan yang pemurah, tiada dapat hamba gambarkan syukur ini pada-Mu sedang hamba diri yang hina dan kerdil.

Shahdunya malam ini tiada dapat aku gambarkan. Malam ini lain sekali daripada malam-malam yang lain. Seperti terasakan malam yang penuh rahmat dan sayang sekali untuk aku lepaskan sekadar untuk tidur cuma. Sayang sekali aku tidak bersama umat Muslim lain untuk menjalankan ibadah sekali setahun ini di hari pertama kerana kemestian perempuan setiap bulan yang tidak dapat aku elak. hemmm.

Termasuk kali ini, sudah 3 Ramadhan aku berpuasa bersama housemate aku. Sudah betah aku kira jadi hati tidak terasa begitu pilu. Tipulah kalau aku tidak cemburu melihat classmate smnnjung menggendong beg untuk pulang ke rumah masing-masing. Tapi, harus apa ? Tabahkan hati itu mesti. Kiraku itu bukan cerita utama. Bulan ini bulan rahmat. Bulan paling mulia di antara bulan yang lain. Bulan yang Allah gandakan ibadat kita walau sekecil semut tapi di bayar dengan segunung pahala. Maha pemurah Allah.


AllahuAkbar, AllahuAkbar, AllahuAkbar.
Datanglah Ramadhan. Aku menantimu dengan senyuman dan kesyukuran. Izinkan aku berkasih denganmu setiap hening malam dengan ibadat dan setiap terang siang dengan kesabaran dan keikhlasan. Khabarkan pada Allah cintaku padaNya. Semoga kedatanganmu bukan yang terakhir buat aku. Ahlan wasahlan, Ramadhan !


source: maria is greek helen fb account. 






No comments:

Post a Comment

dojudge.