April 1, 2012

Empty Sunday again.

sejahtera ke-atas kalian.

ini kiraku petang paling melemahkan. tiada aktiviti cergas selain makan dan online. 
satu april. sudah 3 hari sejak aku lupuskan persahabatan itu. biarlah, aku malas mahu ulas sampai 280 inci lebar. biar cerita itu mati di situ sahaja. 


oh ya, bulan hadapan tunggu kedatangan aku. pulang lagi kebumi bawah bayu kepingin dengan sambal ibu dan ikan bakar bumbu ayah. tapi 2 minggu cuma. cukup-lah kan ? defakkk. Duit di akaun semakin kritikal. aduhh. ini kali memang harus ikat perut dam minta simpati di suap sesudu nasi setiap dari orang dari kawan disini. 20 suap, kenyang-lah kan.

*gelak besar*

hei,belum sampai kedana aku hingga mahu ke tahap itu. 


semalam ada kisah luka tapi penerimanya orang yang tabah. Mujur dia masih bisa berdiri dan pertahankan haknya. Aku senyum ikhlas tabik tinggi-tinggi sama dia. Moga Allah sentiasa memberkati hidupnya. Semoga tetap teguh berdiri kawan :)


terkadang aku berfikir. berapa jauh kita mampu bersabar? berapa dalam kita mampu tahan setiap ujian? berapa kali kita masih bisa senyum walau ujian sepahit hempedu tak tertahankan lidah merasanya ? kerana itu aku fikir kembali. kalau saja 3 hari yang lepas aku bisa diam dan sabar dengan dia, pasti aku tidak mengeluh pada persahabatan itu. Tapi fikirku juga sampai bila aku harus sabar? aku bukan manusia yang diam di lempar tahi bila kebanyakannya yang melempar itu cuma tahu menyalak kerana lupa ramas ilmu secukupnya dan pasang cermin untuk diri sendiri. 


patut pun ibu selalu pesan supaya aku simpan kemas-kemas dalam otak; orang yang kau jumpa hari ini mungkin bukan orang yang sama kau jumpa semalam, nak. betul ibu. aku jumpa kebenaran kata-katamu sekarang. kerana itu aku bilang sama mereka yang bertanya lebih baik aku yang diam. lagipun aku penat. berkali aku tanyakan mana kau yang dulu ? mana kawan yang indah ? itu siku kau-lah bodoh ! tapi aku lihat kau lancang dan bersungguh di duniamu. kau mahu menang bukan? menanglah. tapi tinggi di tingkat mana kau harapkan ?! kau tetap jelmaan tanah. dan untuk berlawan dengan orang-orang yang macam kau, DIAM adalah senjata membunuh.


TAPI

busuk mana kau garap sifat aku kau bagi di status sarkastikmu  tempoh hari
terimakasih untuk setiapnya
yang bisa membuka besar mata hatta jiwa aku
memahami yang pesan ibu suatu dulu, BENAR BELAKA. 


thank you sweetheart. 


if you think the friendship i've give is a trash,
just throw it. I wont take it back for my collection. 
smile :)

2 comments:

dojudge.