February 11, 2012

kita yang kebanyakannya.

Ada sepuluh sebab kenapa aku belum tidur walaupun sudah tengahmalam anjak ke larutmalam anjak ke subuh pun masih belum tidur. 10 sebab itu :
1. aku buka blog orang; jeling blog sendiri rasa macam aku buat troll face ketika itu.
2. weekends boi. tidur awal tidak remaja kann.
3. bosan dengan facebook jadi aku dating dengan supermessy blog.
4. ini malam, aku rasa malam jiwang.
5. bosan
6. bosan
8. bosan lagi
9. .............................................................................

oklah, mari cerita pasal hidup.


Sebenar-nya aku penat. Penat sama perasaan sendiri yang terkadang buat aku rimas. Penat mengeluh tentang kolej, hospital, assignment, exam, tambah lagi perasaan bodoh yang berjuta kali aku tidak-kan tapi hakikat paksa aku dalam diam untuk angguk-kan. Penat kau tahu menjadi hipokrit pada diri sendiri. seperti berlari tapi tak terlepaskan beban itu di bahu sampai tersungkur dia buat kau.


ah abaikan cerita perasaan bodoh aku.
aku muak jelak sama dia.


oh ya. 2 minggu ini aku sibuk di hospital. ceritanya masih begini dan begitu-lah. Jumpa orang sakit; yang sihat discharge-lah dia dengan girangnya dan yang yang sudah tidak bisa tampung siksa azab penyakit, pergi-lah ia bersama Izrail. Kita pun entah bila. Kadang aku pun risau kerana aku akukan yang aku bukan muslim sejati. dosa tak kunjungputus dan kita abaibiarkan. hemm. Dan kerana itu dalam doa di hujung Solat kadang aku pinta dari Allah agar dikurnia olehNya kepadaku kelak seorang adam yang bisa jadi Imam dan mampu bimbing aku jadi muslimah serta isteri solehah. Moga di kabul doa itu suatu hari. Amin.


Kita manusia semua sama. Yang beza pun bisa dengan jari dan yang kebanyakan-nya semua sama. kebanyakan-nya cuma kunyah tapi tidak hadam. Di ajar cukup ilmu agama tapi melaksana-nya seperti amat berat. Sudah tahu sudah cukup khatam tapi tidak di amal. kebanyakan-nya begitu, kebanyakan-nya cuma begitu.


aku pun.


Jadi bila mahu berubah ?

No comments:

Post a Comment

dojudge.