February 4, 2012

Fix You.

kecamut jiwa; datang adu di sini. Berkali pun kan ? Tapi nasib baik kau tidak bisa bicara mengeluh letih dengar ceritaku.

35 hari di tahun baru. apa cerita takat ini ? gembira-kah, sedih-kah, atau gitu2 aja kata orang jakarta ?

tanya aku.
kalau aku, gembira ada, sedih ada, semua perasaan pun telah terlahir takat ini.
apa ceritanya.
ah, tidak perlu-lah. kalau aku cuma simpul untuk kamu semua iyaangguk-kan aku kira cukup.

kadang dalam hidup, begini-lah. Yang kita rasa-kan terkadang begitu cukup sempurna tapi gamak-nya tidak. Yang kita rasa-kan bahagia tapi hakikat-nya bukan. Adapun cuma sementara dan cuma singgah sebentar.


Sehari dua terbelakang ini, aku cuba tanya kembali pada diri. Sempurna-kah aku untuk orang lain ? Cukup-kah perlakuan aku selama ini? terkurang-kah sehingga aku boleh simpan dalam golongan "bukan-bagus-dibuat-kawan"? terlebih-kah sehingga aku boleh di letak dalam spesis "rimas-dibuat-kawan"?

Entah-lah. Kadang dalam gelak atau senda kita sebentar adakala tanpa sedar ada hati yang aku sakitkan.
bukan sekali dua begitu. Sahabat baik, kawan, kenalan laman sosial, hatta keluarga sendiri. Kadang sampai aku sendiri naik cuak dengan perangai iblis sebegini. Mujur di antara orang-orang yang pernah terluka itu masih bisa sabar dan cuba senyum agar kami kembali jadi seperti dulu.

Mungkin semua salah harus tuding pada aku semata. Bukan mereka. Aku yang bodoh tidak tahu kawal emosi sendiri. Sekejap ketawa, sekejap pula emosi lagi. Terlalu makandalam sampai semua pun mahu di simpan dalam hati sehingga jadi bangkai dan mula-lah keluar mulut cabul dan perlakuan bikin panas sampai semua yang di tepi sentap.

Minta maaf. Minta maaf. Minta maaf. Kiranya ada antara kalian pernah terasa hati dengan perempuan ini. Ini perempuan memang begitu. Semua benda mahu di maki-kan dan di ludah-kannya. Merasa diri sempurna untuk oranglain tapi sebenarnya cuma satu beban yang kalau bisa di kuis dengan segera.

Wajar-lah begitu. Selalu merasa sepi walau di keramaian dia berdiri ketawa kerana baran-nya yang di jinjing. Padan-lah mukanya.
Padan-lah muka AKU.

Sekalian makhluk yang tahu dan kenal sama perempuan ini, setulus hati minta maaf yang dia emisrayu. Takut kalau esok-lusa-tulat dia mati, minta-lah jangan di keji dari belakang dengan tidak di beri kemaafan itu.

PARDON ME.



Aku tiada-tahu kaitan apa dengan lagu ini tapi aku suka bunyi2nya.
.FIX YOU.

No comments:

Post a Comment

dojudge.