puas aku renung langit marah
aku lihat burung pulang petang
aku lihat matahari sudah mahu berganti shift
sama bulan
aku renung jauh
jauh sampai tenggelam pandanganku
menakrif kehidupan di masa ini .
mengeluh yang dalam
sudahnya aku di senja itu.
aku tahu aku bodoh
tapi tidak perlu kau herdik aku sebegitu
tak terfikirkah olehmu
dulu kau juga seperti aku
yang memintamengemis tulus ikhlas pelajaran dari guru
tanpa herdikan waima cacian
apa kau sudah lupa
dulu kau juga seperti aku
terketarkan bila disuruh benda baru
habis darah dimuka tak terbayangkan
saat itu
apa kau sudah lupa perasaan itu
berlawan dengan omelanmu satu perkara
untuk menjadi sempurna di hadapan mereka
juga suatu perkara
tolonglah
cukup
berhenti ludah aku
berhenti canang aku
aku tahu aku bodoh
lambat loading kata kawanku
pakai line kapcai memanglah lambat
tapi selambat mana aku
seketar mana aku
putus asa itu tiada dalam kitabku
hari ini kau panggil aku bodoh
besok aku akan kembali
tertancap semula di hadapan mu
untuk semula kau panggil bodoh
kerana niat suci ini aku perjuangkan
gelarlah aku seperti apa
aku akan setia menghisap semua ilmu guru
aku tahu aku bodoh
dan aku akukan benda palat itu
mengenang semua kata guru semalam
tipulah kalau airmata si gagah ini tidak jatuh
aku adukan pada ibu
ibu pun menangis
kerana kasihan pada aku
simpati pada aku
kerana ibu tahu
aku dulu anak yang tidak bisa di herdik
tidak bisa di tinggikan suara
pesan ibu
sabar . sabar nak
adatnya menuntut ilmu wajar begitu
biar kita di ludah saat ini
kau simpan dan pegangkan
semoga di kenankan Tuhan satu hari nanti
akan bisa kau suruh dia jilat dan kunyahkan satu persatu
jangan jatuh nak
bangun
jangan jatuh
berlari nak . lekas !
aku tahu aku bodoh
dan sekali pun aku tidak nafikan
tapi cukup kalau tidak kau lemparkan bahasa itu
berkata kau aku ini bodoh
tapi aku mahu kau tahu
aku tidak akan mahu mati
sematamata lidah yang kau pinjam dari iblis .
hari ini aku bodoh
esok tidak lagi
jangan puja
jangan hina
kalau aku kelak bukan si bodoh lagi
hormat .
itu yang aku kepingin-idam wahai guru.
sabarlah weh.
ReplyDeletesakit kowt kne gelar cmtuh :(
ReplyDelete