July 4, 2011

cinta. kau memang bangsat.

..............................

sukar . susah . ah . sial !
kenapa malam ini tak termulakan bicaraku
tak terpantaskan jariku menghentak kepalanya di kekunci
arghhhh. 

____________________


semalam . si keparat datang lagi . 
berdiri di depan pintu pagar rumahku 
sedari dari tadi aku sibuk menstalk facebook adik aku
anif. orangnya pandai tapi cool dan paling benci pada aturan ibu
~ada orang bagi salam di luar.
kata sahabatku. aku jenguk . ah ! automatik saja perasan ini berkalih
~ita ! dia datang !
teriakku dengan hati penuh nista. penuh sebal .
lantas dia keluar. aku melihat kosong . 
urusan orang buat apa aku jadi parasit. lantak lah. 
~saya tidak mahu!!!
jawab ita . kasihan gate itu. di hampas kerana di telempias rasa benci pada si keparat. 
dushhhhhh!

cinta itu palat. 
aku benci pada perasan itu
walau belum pernah aku genggam ia
tapi cukup sekadar pandangdengar cerita mereka
aku boleh menilai ia
pegi jahanam dengan cinta!

kenapa.
pasti tanya mu kenapa aku semarah ini
sehingga katakataku malam ini terhambur cacimaki
biar.
aku mahu dunia tahu
seledak mana marahku
hoi lelaki bangsat ! 
perempuan bukan semurah itu
kau ludah bila kau mahu
dan kau cari bila kau bosan . 
apa kau sedar mimik bangsat hipokrit muka depanmu
di hurungi lalat?
memang layak aku panggil kau keparat.
phuihh


kau mahu canang aku
ah ! canang lah. nilai lah aku seperti apa pun
walau berkali aku jelaskan
aku bukan tenggelam dengan amarah ini
bukan dan bukan
cuma terapung dan masih jauh dari dasarnya
takde maknanyeee kata mereka. 
biarkan aku dengan amarahku
kau baca kau diam atau kau buang kata2ku dari kotak memorimu
ak benci orang2 menilai semudah fikiran
melulu membabibuta dan tak tercarikan olehnya 
musabab aku begitu pedas pada katakata.
terima kasih
sila nilai lagi.

kepada hamba Tuhan bergelar lelaki
hormati perempuan
tidak perlu aku jelaskan seperti apa dia di jadikan Tuhan
kau juga tahu
aku rasa tidak perlu kakiterajang singgah di badan
kalau sesekali di suarakan fikirannya
mungkin kerana kau yang salah
jangan kerana egomu
sakit pedih terluka patah 
anak sipolan2 kau kerjakan 


kalau cinta yang kau junjung
jadi kenapa harus perkosa cinta itu
dengan sikap mu yang tak tertakrifkan oleh katakata
cinta jangan di paksa
esok lusa kalau marahrajuk itu berganti benci
pasti kau di musuhi nya. 
wajarnya kau berpaling ke belakang dahulu
sebelum kau hanyut dek terlalu mahu dan mahu sehingga terlupa
pada apa yang kau tak terpandangkan
sehingga goyah hubungan itu.
bukan dengan memaksa sebegitu. 
aku yang sedari dari tadi
melihat dan menilai cinta itu
akhirnya turut sama jadi cuak jadi pelit pada mu.

cukuplah. jika tak terpujukkan olehmu untuk kau raih kembali cintanya
lepaskan. mungkin itu jalan terbaik. 
eh ! lupa aku khabarkan pada kau
jangan ajar aku apa itu karma
pergi mati dengan karma itu
aku ini hamba Allah
aku percaya pada QadaQadarnya
dan bukan sesuatu kau panggil karma
dan aku bukan bodoh untuk jadi hamba pada cinta si bangsat.



 


ini lagu jelaskan semburmaki aku ini malam,






4 comments:

  1. perempuan juga ada perasaan.. skali diluka.. pasti berparut untuk selamnya..

    ReplyDelete
  2. betul. Tuhan ciptakan baik lelaki mahu perempuan dgn perasaan cinta itu. tapi janganlah sampai cinta yg memaksa.ke laut bha. HAHA

    ReplyDelete
  3. tersangatnya setuju.. knapa harus ada lelaki yg bersikap begitu terhadap cinta yang jujur diberi daripada seorang wanita yang hanya lemah di pandangan lelaki.. sesungguhnya lelaki yang baik adalah lelaki yang menghormati wanita ^.^

    ReplyDelete
  4. sebab itu kenapa aku gelar cinta itu palat. kenapa harus dihirisludah cinta tegar yg di beri. so the lesson is jgn mudah mmberi cinta yg kau belum pasti sedia pada cintamu :)

    ReplyDelete

dojudge.