July 1, 2011

Manusia dan Keluhan.

Kalau aku kirakira. aku cerap dan aku cerakinkan sudah lama rasanya aku tidak mencarut seperti di tiaptiap entri yang aku perlihatkan padamu. mungkin aku sibuk. kau tahu saja bila sudah pulang ke kampung. kalau bisa badan ini aku potongbahagi kepada duabelas sudah pasti aku bisa penuhi agenda ku selama aku di kampung. sungguh tidak puas rasanya. huh. *hela nafas berat*tapi mungkin juga aku sudah kering buah bicara. sudah tandus dengan katakata yang mereka khabarkan suka bila membacanya. seperti ceritaku hidup. terima kasih untuk semua pujian itu. tapi bukan pujian yang aku tagih. cukup bagiku  jika kau turut tersenyum dan menangis pada kotaksegiempat ini di kala membuka entriku. tandanya kau bisa faham dan angguk-iyakan katakataku. terima kasih kawan. 





Sepertinya pada entri kali ini ingin aku khabarkan tentang masa cuti ku. tapi ku kira tidak perlu. tiada apa yang istimewa. pasti kau juga sudah tahu persis apa kegembiraan ku ketika itu. mari. malam ini biar aku khabar tentang sesuatu. tentang sesuatu yang mungkin kau bisa ambil masa dan berfikir untuk sekelumit waktu tentang entri ku. entri yang mungkin enteng bagi mereka. tapi tidak mengapa. aku mahu berkongsi tentang kita sebagai manusia pada kacamataku. ah. mungkin saja padamu ini entri orang yang fikirannya serabut. jiwa kacau. pergilah. aku tidak memaksa. tapi jika kau masih statik di situ perbetulkan fokusmu pada entri ini tapi rilek. kita mahu menilai kehidupan bukan memusuhinya kerana sesuatu yang aku mahu cerita itulah kebiasaan pada tiaptiap manusia. 




MANUSIA DAN KELUHAN. ah. tanya pada dirimu saat ini. berapa kali kau mengeluh dalam hidup. berapa kali kau kalihkan beban masalahmu dengan hela nafas berat. tanya lah hatimu. aku tidak tahu. tapi jika kau tanya aku sendiri berapa kali aku mengeluh kerana masalah jawabku tidak terkira. malah keluhan itu aku susuli dengan tangisan. jangan cemuh aku dulu. aku juga manusia sepertimu. dan tiaptiap kali keluhan itu pasti belayar soalan serupa ini. kenapa begitu. harusnya begini. dan berkali jua setiap baris soalan yang di darab dua itu di ulang. huh. manusia. hidup dengan keluhan. tapi dari mana keluhan itu bisa lahir. ya. itu lah maksudku. masalah. setiap hari. setiap jam. hatta setiap saat ada saja masalah yang buat hati jadi kusut. jadi kacau. yang terus buat hidup jadi tidak sempurna. sudahnya dari masalah itu di sudahi dengan keluhan dan bila kena pada diriku sekali ku sertakan dengan tangisan.







dan seperti kau. aku juga setiap hari berhujanberpanas dengan masalah. dan saat ini juga aku sedang memikirkan masalah. terlalu kusut sehingga bila ingin aku telempiaskan aku menangis sepuas hati dan aku sudahi bersama renungan yang kosong panjang tidak berpenghujung. kelmarin adik telefon. katanya mahu memakai wang. aduh. aku juga sekarang sedang kemarau kertas berangka itu. tapi kerana sayangku pada adik aku hulur juga. khabarnya lagi padaku dia tidak mahu ibu tahu. dia tidak mahu ibu susah katanya. syukurlah. adik juga faham kesusahan ibu. biarlah kesusahan ini kami beradik yang rasanya. tidak mahu kami bebankan ibu dengan kesusahan ini. kasihan wajah tua itu. bertalutalu kesusahan datang padanya tapi masih juga setia berdiri di pintu tersenyum melihat kami anaknya. wasiatnya cuma satu. ilmu. kejarlah selagi mampu. 








dan sekali lagi bila masalah itu datang dan keluhan pasti datang. tapi harusnya jangan biar keluhan itu terusterusan buat kau jadi hambanya sehingga menjatuhkan diri di pengakhirannya. walau sekecil cuma penyelesaian yang bisa kau lihat jangan terus berputus asa. sudahi setiap keluhanmu dengan alasanmu yang tidak ketat perbahasannya. kalau masih masalah itu buat kau bersedih. ambil air sembahyang. sujudlah ke bumi berpaksi pada yang maha Esa. InsyaAllah di permudahkan segalanya. hidup ini indah. selagi bisa senyumlah. selagi mampu ketawalah. dalam kesyukuran atas nikmatnya. usah keluhan itu buat senyumanmu tertangguh. kan lagi lagi best ! :)




hayatinya. selami liriknya. kau pasti faham maksud entri ku. 



Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam
Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan

Tersentuh hati mula luruh

pokok by Hazama ft MUH




No comments:

Post a Comment

dojudge.