June 14, 2011

Prinsip Hidip Yang Perlu Kau Singkap Kembali

kelmarin petang. ya. kelmarin petang kakakku khabarkan kepada ibu bahawa malam itu flightnya ke kuala lumpur. ibu kelamkabut. dengan bebelannya yang tidak kunjung putus keluar dari mulutnya. tangannya juga lincah mencari sesuatu untuk kakak bawa pulang. habis semua di sumbat dalam beg itu. aku sedari dari tadi hanya termenung melihat ibu. di benakku habislah aku nanti. memang kejang tanganku mengangkut barang ke lapangan terbang yang ibu bekalkan. 

hari ini aku putuskan mahu ke hospital. sudah berminggu tekakku tidak selesa. seperti susah mahu menelan. bukan sakit tekak biasa. entah lah. aku pun tidak tahu. tiba giliranku masuk ke dalam bilik itu. aku lihat doktor sudah tergesagesa balik. yang tinggal hanya penolong perubatan sahaja. dia menyuruh aku ke jabatan patologi. ambil darah katanya. takut kalaukalau thyroidku membengkak. ah. memang itu lah yang pada benakku. (hela nafas panjang) aduh. sakit apalagi yang aku dapat. betul lah kata arwah. aku ini gadis berpenyakitan katanya. arwah. terkenang lagi aku padanya saat ini. masih sedalam ini rinduku padanya. moga Allah sentiasa merahmati rohnya. 





saat ini aku duduk di luar dan mendongak ke langit bumi di bawah bayu ini. aku kira bintang bintang yang di langit gelap itu. cantik. memang cantik. lalu mindaku bermain bersama perasaanku. harusnya hidup ini seperti apa. melihatkan anak muda di kampungku ramai dari mereka awal lagi sudah berumah tangga. baru usia belasan tahun sudah di gendong anak kecil ke hulu ke hilir. mudahnya prinsip hidup mereka. bukan aku canang mereka. bukan. tapi di benakku kenapa di usia semuda itu sudah di bina masjid yang akan kau layari sehingga hujung nafasmu. mungkin kau belum dapat apa yang cuba aku cerita. baiklah. mari. aku cerita padamu kehidupan ini dari kacamataku.





kehidupan. lain orang lain prinsipnya. lain prinsipnya maka lain lah corak kehidupannya. tapi bagi aku dan orangorang seperti aku. sudah tentu yang aku damba dalam hidup ini adalah kejayaan dan pinta di penghujung kehidupan ini tidak sesusah ketika waktu kecil. tapi aku jadi hairan. jadi pelik bilamana aku lihat anak muda seperti aku sudah ada yang berkeluarga. mahu aku katakan keluarganya memang berada. tidak. mahu kau katakan kehidupannya sejak azali memang sudah bermandi harta. tidak juga. kerana itu selalu bermain di benakku. bukan sekali tapi setiap kali kalau aku lihat merekamereka yang sebaya adikku atau yang seumur aku sendiri kenapa semudah itu prinsip hidup mereka. apa mereka tidak punya matlamat dalam hidup. apa mereka tidak mahu sama berdiri sama mereka yang berjaya. 


aku ambil contoh jiranku. hei. nanti dulu. jangan kau ludah aku dengan fikiran keparat itu. ini untuk pengajaran buat aku. buat kau. dan buat mereka. agar kita tahu betapa berharganya hidup ini. dulu masa aku kecil. ketika itu dia masih kecil. masi hingusan. masih bermainmain dengan basikalnya. tapi sekarang anak kecil itu sudah besar. sudah cantik. setiap mata yang memandangnya pasti tertancap tidak berganjak. kelmarin aku lihat dia berjalan di hadapan rumahku. aku lihat ada anak kecil di gendongnya. lalu aku tanya pada ibu gerangan anak kecil itu. ibu khabarkan dia sudah berkahwin tahun lalu. mahu aku tidak terkejut tahap dewa. aku lihat sahaja dia sehingga hilang dari pandangan dan tersenyum. 





mungkin saat ini kau katakan. "ah. biarlah dia. sudah jodohnya." atau " kau sibuk kenapa"
dan bla bla bla. hei. jika begitu gamaknya. patut lah ramai yang begitu. bicaramu sahaja menjadi titik aras ceteknya pemikiran mu dan mereka. kenapa harus di usia muda kau akhiri dengan perkahwinan. bukan aku anti pada sesuatu yang kita semua panggil perkahwinan itu. bukan. kerana suatu hari nanti aku juga akan masuk ke alam itu. tapi bukan di usia semuda ini. seharusnya saat ini buku yang kau gendong bukan anak kecil. kau sedar realiti itu juga bukan. jangan lah nafikan aku lagi. aki ini berbicara bukan sesedap kata tapi aku guna akal. aku fikir aku tapis sebersihbersihnya sebelum aku khabarkan padamu.

kerana itu aku sering khabarkan pada adikadikku. wahai adikku. hidup ini tidak semudah yang kau fikir. tidak seringkas soalan matematik tambah dan tolak. dan tidak selamanya seindah seperti yang bermain di benakmu. siapa kata masa muda kau tidak bisa bersuka ria. aku juga menikmati masa muda ini. dan mereka juga. tapi harus kau tahu batasnya. kerana di usia muda ini lah harus kau kejar kejayaan. harus kau kumpul sebanyaknya ilmu di dada untuk kau di hari muka kelak. bila ilmu penuh di dada tidak semudah itu orang akan pandang kau. tidak semudah pandangan mereka akan nilai kau sayang. kerana bila kau kehausan ilmu dengan mudah mereka ludah kau dengan pemikiran sarkastik mereka. dan bila itu terjadi kelak kau juga yang merasakan peritnya rasa di pandang sinis sebegitu. biarlah usia muda mu kau tetapkan pelbagai matlamat. seperti juga aku. memang banyak yang aku nahukan dalam hidup ini. tercapai atau tidak itu belakang cerita. kata ibu. kalau tidak sampai ke awan sampai pokok kelapa pun cukup lah. kau tahu maksudku bukan. jadi tunggu apa lagi. kejar lah kejayaan itu. 






No comments:

Post a Comment

dojudge.