June 3, 2011

Hari ini Hari Gembira.

4 jun 2011. segarnya udara pagi ini. haruman tanah dan pepohon. indahnya ciptaan Tuhan. sungguh indah. kerana itu juga selalu aku khabarkan kepadamu indahnya kehidupan. melihat ciptaan Tuhan dan merasakan nikmatnya yang tidak ternilai oleh katakata. TerimaKasih Tuhan atas segala nikmatmu. mata yang bisa melihat keindahan alammu. telinga yang bisa mendengar suara memujimu. mulut yang bisa selalu mengucap kata syukur padaMu. dan semua nikmat yang tak terhingga buat hambaMu ini. Terimakasih. terimakasih.








dan hari ini. aku dan merekamereka mahu mencipta satu lagi memori indah. memori yang akan kami semat dalam kotak memori kami. ya. kegembiraan seperti itu yang aku mahukan setiap hari. kegembiraan yang bisa memadam semua masalah hatta beban di hati. kegembiraan yang bisa buat aku ketawa dan kegembiraan yang bisa buat aku mengerti untuk menghargai sesuatu. persahabatan misalnya. mudahnya mendapat kawan. tapi berapa ramai yang kau boleh kongsi kegembiraan hatta penderitaanmu. sedikit cukup sedikit. bisa di hitung dengan jari. dan sungguh aku berharap aku termasuk dalam yang di hitung itu kerana aku menghargai persahabatan yang tulus ikhlas. bukan yang bermukamuka. bukan yang suka mencanang keburukanmu. kawan seperti itu kanibal. kawan makan kawan namanya. nasihatku. jangan kau layan spesis mereka. kelak kau yang akan merana. 








ah. persetan semua kedustaan si kanibal itu. hari ini kau mahu gembira. aku mahu rakam semua memori ini. memori di bulan jun. memori di akhir sem 2. memori yang akan bayar segala kesedihanku sepanjang sem ini. ya. pasti. dan harapanku untuk sem depan. semoga aku lebih kuat melalui semuanya. lebih tabah bila berdepan dengan dugaan getir. dan tidak akan sesekali airmata ini akan jatuh lagi. kerana akan aku gadaikan segala usaha untuk mengecap secebis kejayaan itu. dan yang paling penting bukan untuk aku kecapi kejayaan itu. tapi ilmu yang perlu aku kutip sebanyak mungkin untuk persediaanku sebagai seorang jururawat kelak. aku tidak mahu di cop jururawat kaki kepoh tapi otak kosong. biar orang pandang aku sebagai seorang jururawat yang penuh imu di jiwa. bukan untuk mendabik dada. aku mahu buang persepsi mereka terhadap pekerjaan ini. bukan sekadar cuci tahi tapi perlu kau tahu lagi besar dari itu tugas kami. tapi tidak mengapa. terimakasih buat mereka yang pernah menghina aku. kerana penghinaan itu buat aku jadi lebih kuat. semangat enthutiasm ini semakin berkobar mahu berjaya. terimakasih. 








sudah tiba masanya. semua sudah mula sibuk di sana. aku sahaja yang masih menjalar di papan kekunci ini. semoga hari indah ini tidak akan berakhir. 









2 comments:

dojudge.