June 7, 2011

Aku Anak Rantau dari Bumi diBawah Bayu. :)

tepat jam duabelasmalam ini. lagi dua hari. ya. lagi empatpuluhlapan jam perlu aku tahan sebelum aku pijak kembali tanah di bawah bayu itu. ah. jangan kau tanya perasaanku saat ini. gembira. malah lebih dari itu. aku pun tidak tahu harus aku namakan apa perasaan itu. tapi ibu tidak tahu kepulanganku kali ini. sengaja aku tidak khabarkan padanya. surprise kataku. berkali wajah itu bertanya bila kepulanganku. dan berkali juga aku mengelak dari ibu. jenuh ibu bertanya akhirnya ibu mengalah. pesannya padaku semoga aku selamat dalam perjalanan. hatinya ibu. sentiasa mendoakan anaknya. terimakasih ibu.





6 jun. kelmarin. ya. kelmarin harijadi si nakal itu. adikku yang bongsu. aiman namanya. berkali meseg aku terima bertanya bila aku kepulanganku dan menagih hadiah dariku. pelik. mana mungkin dia yang menghantar meseg itu. lalu aku tanyakan kepada sepupuku. katanya memang dia yang kirim. wahhh. budak zaman sekarang. baru setahun jagung umurnya. masih berlarilari tanpa seluar. masih hingusan kata mereka. tapi lebih canggih dari aku ketika aku sebaya mereka. darjah satu sudah bisa menghantar meseg. aku di tingkatan tiga masih kesakaian memegang telefon bimbit. ha. advance sungguh mereka. 


4 jun. sabtu yang lalu. hari kegembiraan aku bersama sahabat. habis satu cheras berasap. terbakar sayap ayam itu kami kerjakan. ketika itu. sempat lagi aku lihat auntie sebelah menjeling sambil membebel. ah. lantak lah. membebel lah sepuas hatimu. tidak berkudis pun sedikit di hatiku. kerana hari itu aku gembira. cukup gembira. bebelanmu sahaja tidak cukup untuk menggurislumat hatiku. memang hari itu cukup indah buat kami. kau ludahlah aku dengan bebelanmu. sedikit pun tidak singgah di hatiku. 





beginilah setiap sem. belajar berhempaspulas. exam. menangis. posting. dan akhir sekali cuti. dan beginilah sepanjang tiga tahun ini. tidak mengapalah. sekurangkurangnya aku merasa menjadi anak rantau. menangis dan kemudian berdiri sendiri di bumi orang. sekalipun aku tidak menyesali takdir ini. kerana kata ibu. anak rantau itu hatinya kuat. anak rantau itu hatinya tabah walau di hempas pelbagai ujian getir. anak rantau itu bisa berdiri sendiri bila jatuh. kata ibu lagi. aku harus jadi anak rantau seperti mereka. tapi kata ibu jangan jadi anak rantau yang seperti layanglayang putus tali. hidup ini mesti punya matlamat. jangan biar hidup jadi berantakan. kacaubilau tanpa objektif. kerana itu ibu sering khabarkan gambaran hidup ini seperti apa. jauh perjalanan itu kata ibu. manis atau pahit. pasti semua akan kau rasai. tapi yang terbaik bila kau kutip setiap pengajaran dari tiaptiap pengalaman itu. usai semua air mata. tapi kata ibu. bila hati sedih. jangan malu. jangan ego untuk menangis. menangislah semahu hatimu. tapi dari tangisan itu kumpullah kekuatan untuk tersenyum dan bangkit semula mengejar impian. ya. itu konklusi dari ibu. konklusi yang buat aku tergamam dan sedikit sebanyka mengerti akan erti hidup sebenar. 






4 comments:

  1. sangat meminati cara anda menulis...
    seperti cerita dulu kala..
    i like..
    keep it going~~

    ReplyDelete
  2. thnxx izzar.saya tulis ikhlas dari hati. thumbs up kalau anda suka. btw. thnx again. :)

    ReplyDelete
  3. gud sis ! i'm also enjoy it .. full wth memory ..

    ReplyDelete

dojudge.