May 7, 2011

Tidak Perlu Tunggu Hari Ibu Sayangku. :)

hari ini seperti biasa aku habiskan berjamjam dihadapan kotak segi empat ini.
yeah. sudah tentu. memang facebook juga akan aku hadap di selangselang dengan utube. kau mahu tahu apa merekamereka cerita di sana. hah. HARI IBU. semua pasal HARI IBU. semua sibuk mengepost madahmadah indah untuk ibu mereka. maka masingmasing pun sibuk menglike dan comment. tidak kurang juga yang post lagu yang sesuai yang disharepostkan ke wall merekamereka. aku tersenyum melihat semua itu.

*senyumsumbing*



aku senyum bukan kerana apaapa. bukan menyindir perlakuan mereka. lagipun tiada apa untuk dibangkang dan untuk dibahaskan. memang hari ibu untuk diraikan. menggembirakan mereka. sejukkan hati mereka dengan pujangga2 manismu. tapi pada benakku perlukah? perlukah? hah! jangan kau canang aku dahulu. rapatkan dudukmu dan fokuskan fikiranmu pada entriku kali ini. sebelum kau maki aku puas2, habiskan dulu pembacaanmu. jangan kerana kau berhenti separuh jalan. kau tidak dapat isi penting yang cuba aku sampaikan.

*tarik nafas*
ok.
satu
dua
tiga
mari!

kenapa aku katakan itu semua? kau tanya aku kenapa. haha. saat ini pasti sahaja hatimu berkatakata kenapa perempuan gila ini melempar pandangan membabi buta seperti itu. tidakkah dia tahu apa itu Hari Ibu. kau salah. salah fikiranmu itu sayang. aku tahu apa itu Hari Ibu. tapi aku tanya kau kenapa baru sekarang. kenapa saat kau terlihat dikalendarmu tertulis Mother Day baru kau terhegeh beralih sikap dari sitanggang kepada siAhmad? hanya kerana orang disekelingmu sibuk dengan madahmadah indah untuk ibu mereka. maka kau pun mahu beriringan dengan mereka jadi kau tunjukkan wajah plastikmu pada wanita tua itu. untuk apa? untuk apa? untuk apa?

*masih berfikir*

lumrah manusia dan hipokritnya.
bukan sekali ku lihat.
walau baru 19 tahun aku hidup di dunia ini.
acap kali sudah aku dengar wanita tua itu di maki. di hina. tidak cukup dengan itu di terajang. 
aduh! betapa pilunya hati wanita tua itu. kasihan. sungguh kasihan. aku yang mendengar perbuatan si tanggang itu, ah! tidak perlu aku katakan. kalau sahaja sitanggang dihadapanku, sudah lama aku ludah dan ku hamburkan katakata pedas tepat kemukanya.

wanita tua itu sungguh besar pengorbanannya. tidak ternilai oleh harta mahupun katakata. malah jika kau bayar dengan setiap titis darahmu masih belum cukup menggantikan air susu yang diberi kepadamu.fikirkan itu. fikirkan saat nada suaramu tinggi kepadanya. saat kau tengking wanita tua itu. bagaimana hati mereka saat itu. punah. hancur luluh. lumat. dek katakata keramat yang dihambur oleh permata hatinya.

lumrahnya manusia. ego.

bila aku katakan disatu status sahabatku. dimana ku khabarkan tidak perlu hari ibu untuk meraikan mereka. datang hamba Allah menyangkal aku. aku tidak marah. tidak kecewa. tapi betulkah kau anak seperti yang kau gambarkan dalam commentmu oh adam? haha. aku tergelak. terasa lucu pada egomu yang merasakan aku salah seratusduapuluhperatus. fikiranku naif. katanya aku tidak menghormati hari ibu. bodoh. manusia bodoh. Tuhan kurniakan kau akal. kenapa tidak kau guna anugerah itu oh adam? aku salah bukan. kau mahu juga dunia mengatakan aku yang salah. salah apabila aku khabarkan tidak perlu hari ibu untuk kau berikan mereka madah indah itu. salahkan. baiklah. aku salah. kau sitanggang yang betul. maka. junjunglah egomu. kau kan selamanya yang betul. 

ah! malas aku mahu bercerita tentang kebodohannya. biarkanlah dia. tapi ini dari fikiranku. memang tidak perlu wujud Hari Ibu untuk menyayangi mereka dan menghargai wanita itu. tapi seharusnya, setiap nafas. setiap saat. setiap detik kau harus menghargai mereka. itu bagi aku. tidak aku minta kau bidas. dengarkan sahaja. cukuplah. mataku sudah penat. 

~happy mother day mum. love u owez!

No comments:

Post a Comment

dojudge.