May 8, 2011

Aku Perempuan Gila Keras Hati.

manusia dan keluhan. ya. sentiasa begitu. keluhannya dimeratarata. lumrahnya mereka. begitu juga aku. aku yang ku gelarkan diriku siperempuan gila. keluhanku setiap detik. ada saja ku keluhkan. tapi keluhanku bersebab. keluhan terhadap hidup yang selalu sahaja dibayangi masalah dan kesalan. 

*diam*

semalam. ketika lenaku dibuai mimpi. telefonbimbitku berbunyi. satu mesej diterima. along sakit. Along sudah berubah. janji dengan mak untuk berubah. maafkan kakak adik. aku baca lalu aku tutup telefon itu. lenaku terganggu. aku pejamkan mata dan cuba menghilangkan memori hitam itu tapi tidak. aku tidak bisa. imejnya masih bermain di fikiranku. ah! pergi kau. berambus kau dari hidupku. pergi!!!!!!!!!!!!!!!!!!




sudah berapa kali aku khabarkan jangan disakiti hati ini yang kecil ini. hati ini mudah terluka. berdarah. hancur. remuk. bilasaja kau sakiti. ya. bukan sekali malah berkalikali aku khabarkan agar kau simpanlipat dalam kotak mindamu. aku ini adikmu. kalau benar salahku. tidak akan aku bidas perkara itu kerana aku sedar salahku itu along. tapi kalau bukan khilafku dan kau canangcanangkan ia. aduhh! kau hirisnipiskan hati ini. kau kakak dan aku adikmu. mesti tuturbicara ku ego tapi sejujurnya hati ini menyayangimu. dan malam itu. sekali lagi. kau bunuh aku dengan katakatamu. kau tikam aku dengan sepuasnya dari katakata berbisamu itu. sakit. sakitnya tak tertanggung hati ini.




*termenung sejenak.*

huh. usai sudah saat terakhir kita bertemu. dan aku pelik dengan katamu. aku sayang kau adik. hah. kenapa along. kenapa. waktu kita kecil dahulu haram dari mulutmu mengucapkan sayang kepadaku. ya. aku sediamaklum kau dan aku ini berbeza bapa. kita ini bukan adikberadik kandung. dan aku tidak ambilkisah kau anggap aku ini apa. tapi bila kau katakan sayang padaku hari iut. yakinlah aku kau memang anggap aku ini satusatunya adikmu. tapi kenapa. setelah kau ucap sayang itu kau pijakludah hati ini dengan katakatamu kesekiankalinya kita tidak begitu. kenapa along. kenapa??!!





Kau tahu hatiku ini seperti apa. sudah juga bonda khabarkan padamu aku ini anak yang keras hatinya. dan kerana itu aku minta jangan kau sakiti aku. sekali kau lukai hati ini. berabad untuk pulih kembali seperti awalnya. kau juga tahu hati ini pernah terluka kerana ayahnda. kau tahu bila hati ini lembut untuk berhenti dari bersikap dingin kepada ayahnda bukan. jadi mengapa. mengapa kau lagi yang bangun menyakiti aku. cukup. cukuplah along. aku sudah penat. jangan kau beri kata maafampun itu lagi. kerana aku juga tidak menagihnya. sudahlah. beri aku masa dan waktu untuk menilaimenakrif situasi kita. jangan kau desak lagi aku untuk kembali seperti dahulu. kerana kelatnya katakatamu sehingga hari masih terasa oleh hatiku. 

*mengeluh panjang*

sudahlah along. aku buntu saat ini. sudahlah meminta kemaafan dariku. janganlah kau risau. kau along dan selamanya pun kau kakakku. dan tidak akan terubah tali hubungan kita itu. biarkan dulu hati ini tidak merasai lagi kelat itu. kau tahu aku seperti apa kerana aku adikmu. 

~ketahuilah.
selamanya. aku adikmu. 


No comments:

Post a Comment

dojudge.