May 31, 2011

saya cintakan kehidupan.

saya cinta kebebasan. 
kebebasan yang buat jiwa jadi tenang jadi bebas.
kebebasan yang buat seolah hidup tanpa masalah.
kebebasan yang buat aku merasakan hidup ini terlalu sempurna.
terlalu indah untuk di ucapkan oleh sebaris katakata...... 


 
saya cintakan hubungan.
hubungan kekeluargaan. hubungan persahabatan. hubungan percintaan;mungkin
terbitnya hubungan itu hidup jadi sempurna. 
bisa buat hati jadi rasa selamat. rasa di sayangi. rasa di hargai. rasa di cintai.
dari itu buat hidup ini sangat bermakna kerana mereka yang kita sayangi dan menyayangi kita.....



saya cintakan kejujuran dan keikhlasan.
keikhlasan simbolik kejujuran pada diri. 
hati yang tulus tanpa hipokrit atau agenda tersembunyi.
hanya keikhlasan yang lahir dari sesuatu yang kau sebut iaitu kasih sayang......


saya cintakan kasih sayang.
kasih pada keluarga. kasih pada sahabat. kasih pada haiwan. kasih pada alam.
tapi kasih yang paling teragung adalah kasih pada TUHAN. 




kerana itu aku katakan aku cintakan kehidupan. semua itu corak kecil yang menganyam corak kehidupan. kurang satu darinya akan pincang dan hancurlah corak indah itu. hidup ini indah. hidup ini mudah. indah dan mudah jika kau tahu cara menerajunya. bersyukurlah pada tuhan kerana nikmat kurniaanNya ini. bersyukurlah kerana masih mengerti apa itu kehidupan. masih bisa merasa manisnya keindahan kehidupan. terimakasih Tuhan. :)

 

No comments:

Post a Comment

dojudge.