May 16, 2011

Jahatnya Kata2.

hari ini 16 mei. kau tahu apa istimewanya hari ini bukan. Hari ini Hari Guru. tapi bukan pasal guru yang aku mahu khabarkan kepadamu. kerana aku tahu ketika ini di blog mereka2 semuanya memperkatakan tentang hari istimewa ini bagi warga pendidik. tapi aku mahu khabarkan kepadamu tentang katakata. kau tahu apa itu katakata. setiap bunyibunyian yang bermakna dari mulut seseorang adalah katakata. kau tahu itu. ya. kau memang tahu. katakata ada yang indah. memang indah. tapi sebentar sahaja menjadi racun yang bisa hancurremuk kan hati. kerana itu aku benci katakata. katakata jahanam yang menjadi bisa bila ditelan memakan hati tapi tidak mampu untuk di luahkan. sudahnya, hati itu yang derita. hati itu yang hancur dek bisanya katakata jahanam itu. 






usai sudah fikiranku melayang. aku selak setiap satu memoriku untuk mengkhabarkan kepadamu kenapa aku katakan katakata bisa jadi pembunuh hati. aku capai satu memori yang telah lama aku simpan. ya. ini dia. memori ini ada hubungannya dengan orang yang kita raikan hari ini; orang yang kita gelar cikgu. katakatanya kadangkadang memang sakitperit untuk di dengar. sampaikan aku juga tidak tahan menahan hati yang baran lalu aku bidas katakata perit itu. dan ZAPP! hangat aku rasakan pipiku akibat penampar wanita itu. sakitnya mengigit. memang sakit. tapi lagi sakit aku rasakan di hati. pertahankan diri konon. nah. penampar yang kau dapat. dulu memang aku dendami wanita itu kerana salah budak perempuan sial itu di junjung di kepalaku. manamungkin aku tidak baran. itu dulu. sekarang tidak lagi. kerana aku menyanjung insan itu. besar sungguh jasanya. layakkah aku untuk membencinya. 








ada katakata pahit yang bisa di terima tapi tidak katakata jahanam. katakata dari seorang kawan misalnya. katakata sinis maksudku. ha. itulah si celaka. memberi katakata jahanam tanpa melihat dirinya terlebih dahulu. mengaku lebih dari orang lain tapi zahirnya kasihan. aku lebih rela memberi senyuman plastik dari melayan kebodohannya. itulah si kaduk. mengaku dulang paku serpih. kasihan kau kaduk. ketawakan orang lain memakai baju compangcamping. tapi rupanya bajumu dari kertas. tunggu hujan tahulah nasibmu. karma itu ada kaduk. karma ada. 








itu katakata dari si kaduk yang muka tembok. ada juga katakata celaka yang bikin hati jadi panas. jadi kacau. katakata dari si bodoh yang tidak tahu erti hormat. tapi gamaknya sibuk mengajar aku tentang hormat. si tolol yang tidak berfikir. Tuhan kurniakan kau akal kenapa tidak kau guna. kasihan. tapi katakata seperti ini lebih baik jika tidak dibidas. apalagi ia datang dari si kawan. bisa jadi teruk jadinya. kau tahu saja bila emosi diri mengatasi rasional. klimaksnya kawan jadi musuh. kerana itu aku khabarkan jahatnya katakata. dari katakata bisa kawan jadi musuh. anak taat jadi si tanggang. dari si celik jadi si tolol. kerana itu juga aku percaya katakata  teraju utama hatibudi seseorang. tapi harus kau tahu. ada katakata dari si licik bisa menipu hati. kau harus bijak. biar dia licik. tapi kau mesti 2 kali licik darinya. katakataku juga kadangkadang bisa jadi pedas tapi aku tahu batasnya. aku tahu dimana letaknya katakata itu. kerana harusnya tidak aku hambur meratarata. nanti ada hati yang panas. sama seperti aku kawan. jangan hambur katakata itu. hatiku panas jadinya. tapi kau si kawan. tidak mahu aku jawab. kerana kau kawanku. ya. kawanku.




ya. memang betul. kadang2 lebih baik tidak ambil pusing. persetankan saja katakata itu. :)



No comments:

Post a Comment

dojudge.