May 9, 2011

Malam Ini Indie Yang Juara.

Malam ini kosong sahaja rasanya. sepi tanpa apaapa. ku kira mahu menulis entri lagi tapi sudahnya taip. padam. taip. padam. ah. malam ini aku tiada nafsu mahu merapu di kotaksegiempat ini. maka lagu2 yang sudah lama aku simpanperap dalam fail music itu aku dengarkan kembali. ah. nyata lagu2 bergenre indie mendominasi jiwaku. haha. retronya. bha. malam ini aku tidak mahu terlalu skema atau protokol untuk entri ini. kalau kadang kita bercandaketawa kan lagi bagus dari menyesakkan hidup dengan masalah yang tidak sudah2. mari aku kongsikan apa itu indie. hehe






Muzik indie

Muzik indie (perkataan indie dipetik daripada perkataan Inggeris independent (bebas)) merujuk kepada sebilangan jenis muzik, persada muzik, subbudaya dan sifat stilistik dan kebudayaan yang disifatkan daripada persepsi kebebasan daripada muzik pop komersial dan budaya aliran utama serta pendekatan membuat hasil karya sendiri (do-it-youself/DIY) secara bebas.

Definisi "indie"

Istilah "indie" sering digunakan untuk merujuk kepada sejenis bunyi yang disembahkan oleh seseorang pemuzik, tetapi jika ditafsirkan secara lebih literal, ini merupakan satu cara yang mana bunyi itu disembahkan atau dihasilkan. "Indie" lazimnya merujuk kepada seseorang artis atau kumpulan yang bukan sebahagian budaya aliran perdana (mainstream) dan/atau sebenarnya menghasilkan muzik di luar pengaruh aliran perdana. Meskipun muzik yang dihasilkan oleh artis-artis ini banyak berbeza, definasi "indie" tercetus daripada sifat "buat sendiri" (do-it-yourself/DIY) dan kemampuan untuk bekerja di luar naungan koperasi besar.

Indie bermaksud "bukan di bawah naungan label utama"

Salah satu erti perkataan "indie" yang paling ringkas dan lazim dipakai ialah bahawa pemuzik itu tidak terikat dengan mana-mana label rakaman yang utama (syarikat rakaman utama itu adalah seperti EMI, Universal Music, Sony BMG dan Warner Music).

Masalah dengan definasi ini ialah kekurangan korelasi antara kekomersialan atau kebebasan kreatif yang ditawar oleh label utama. Kebanyakan label bebas utama beroperasi mengikut prinsip niaga seperti label utama tersebut, dengan jabatan artis dan repertoire (A&R), bajet pemasaran dan kepentingan komersial yang membantu operasi perniagaan. Manakala, label utama sering mengekalkan artis berteraskan indie yang diberi kebebasan kreatif yang lebih besar dan menerima sanjungan para pengkritik.



SUMBER ILMIAH: CREDITS TO PEMBLOGGER~http://blackcatdeath-band.blogspot.com/2008/11/apa-itu-indie.html

(maaf. aku copypastekan entrimu kawan. minta dihalalkan.)

nah. sekarang kau sudah tahu apa itu muzik indie. ingat lagi aku. sewaktu kumpulangitarrancak ini baru mahu beraksi. aku juga tergolong dalam golongangolongan fanatik tahap kipassusahmati terutama kepada HUJAN. sampaikan bonda membebel hingga keringmulut menegur aku. ah. lagu orang gila lagi kau dengar. bonda. bonda. sekali aku tukar siaran lagu fransisca peter. langsung sahaja bonda senyumsenyumkambing kerana kesukaaannya. haha. bha. malas mahu cakap banyakbanyak. longlife indie. minat indie nampak cool kan. cool?? macam poyoss jak. 





No comments:

Post a Comment

dojudge.