April 20, 2011

Kau Perlu Kuat Kerana Semangat Itu Yang Kau Perlukan. :)

Hari ini sekali lagi aku terguris. bukan terguris kerana di sakiti. bukan. tapi terguris kerana terpaksa melihat wajahwajah yang menangis kerana sakit. sakit menahan penyakit yang di tanggung. sakit menerima dugaan itu. sakit kerana merasakan dia sendiri dalam pertarungan itu. aku yang menjadi watak sampingan di saat itu turut merasa kesakitannya. satu lagi kesakitan yang dapat ku rasakan. usah kau tanya sedalam mana sakitnya. perit sekali. tidak tertanggung dek katakata. tapi rasa itu dari aku. kalau itu rasa dari aku sudah sesakit itu, rasa yang di tanggung oleh wanita itu sudah pasti berkali ganda dari aku.


ketika dia mengatakan ah! azabnya sakit ini. terasa ingin terhambur air mataku di situ juga. tapi tidak. aku tidak bisa menangis di hadapannya. kerana mungkin saja setitik airmataku bisa meruntun sisa baki semangat yang di kumpulnya di saat itu. tapi hati ini begitu perit melihat deritanya. jadi sayu suasana ketika itu apabila aku mendengar katakatanya. katanya kepadaku. biarlah nak. biarlah aku merasa sakit ini di dunia. berkurang juga azabku di akhirat sana kelak. terkedu aku ketika itu memikirkannya. hanya perkataan sabar bisa ku beri kepadanya. hanya itu yang ku mampu.


aku dikhabarkan oleh sahabatku wanita itu sebenarnya menderita kanser payu dara peringkat keempat. memang sudah tiada harapan. kanser pada peringkat itu hanya maut menanti di hujung perjalanannya. tapi Tuhan itu maha berkuasa. jika Dia mengkehendakinya, maka jadi lah. kalimah kun fa ya kun itu selalu ku bawa dalam hidup ku. Di saat aku teringat wanita itu, mungkin saja ketika ini dia berada di tempat baru. hospital baru. tapi masih suasana yang sama. di kotak putih yang lengkap dengan katil, kipas, serta alatalat yang membantu menyambung nyawanya. tapi bukan alat itu yang membantunya untuk terus hidup sehingga hari ini. tapi semangat kentalnya. enthusiasm itu yang menghidupkan jiwanya.


kuat lah. kuatlah demi dirimu. aku pasti kau bisa. tapi andai saja Tuhan menjemputmu. kau harus relakannya kerana kau juga aku tahu semua yang hidup pasti akan mati. tapi selagi nyawamu di kandung badan, kuatlah. teruskan berjalan meskipun jalan itu penuh onak dan duri. dan terima kasih untuk hari ini. terima kasih kerana mengajarku erti kesyukuran. terima kasih tanpa henti.


2 comments:

  1. moga hadapi semua ini dengan sabar..

    * folo ur blog..

    ReplyDelete
  2. sekamar rindu: ya. kesabaran itulah paling di perlukan saat berhadapan situasi seumpama ini. terima kasih. :)

    ReplyDelete

dojudge.