April 23, 2011

Ahad Yang Stress.

huh. sudah semalaman aku menghabiskan masa di hadapan laptop. sakitnya kepala perit bukan kepalang. tapi harus aku tahan kesakitan aku. harus aku siapkan hari ini juga. harus. kalau tidak 60 peratus dari markahku hilang begitu sahaja. aduhh. mahu saja rasanya aku berteriak biar satu dunia tahu betapa bencinya aku assignment ini. sudahlah masa yang diberi sesingkat baju pelacur di chow kit, aku belum ada apa2 idea lagi. sangat beku otakku sekarang. sarat dengan masalah. arghhh! termasuk kali ini aku sendiri tidak tahu berapa kali aku mengeluh. menyumpah serana janganlah ditanya. kau sendiri pun tahu bila berdepan dengan situasi seperti aku. 






semalam,habis adik lelakiku aku maki hamun, herdik sampai menangis aku dibuatnya kerana terlalu marah. manakan tidak aku panas kalau setiap hari ada sahaja karenahnya yang membuat bonda menangis dan mengadu kepadaku. sudahlah masalahku disini pun tidak tertanggung olehku. ditambahnya lagi sesak dijiwaku. nah! ambil kau semua cacianku. aku memang begitu. kalau marah rasakan perkataan pedas dari mulutku dan akan aku hamburkan setepatnya di mukamu. aku kan perempuan baran. jadi jangan buat aku marah kalau kau tidak mahu terluka oleh katakataku. nasib baik aku jauh di perantauan. kalau kami berhadapan tadi aku sendiri tidak tahu apa bakal aku lakukan. berdarah, menangis,sakit memang sudah biasa antara kami adikberadik. hurmmm. ah! biarlah. sakit kepalaku fikir!






tapi dihadapan mereka aku masih tersenyum. senyum tawar. yeah. senyum yang aku buatbuat. senyum yang tidak ikhlas dengan harapan mereka percaya aku tidak ada masalah. haha. kau semua tertipu. aku hipokrit?? memang betul. aku lah si hipokrit dunia. jadi apa kau tunggu?? berambusss!!jangan salah faham. ini untuk si merekamereka yang hanya tahu menilai dari luaran. hidup ku memang begini. bagiku dulu apa itu hipokrit. aku tidak tahu. tapi bila berjumpa orangorang yang seperti perangai setan itu. sekarang aku juga tergolong dalam golongan itu. didepan malaikat dibelakang setan. arghh! persetankan mereka semua. hari ini aku emo sedikit. maaf. terima kasih mendengar bebelanku. terima kasih.












No comments:

Post a Comment

dojudge.