April 19, 2011

Dia Memang Kakak Aku. :)

puisi ini adalah nukilan dari fynn jamal. puisi ikhlas dari kakak untuk adiknya. aku memang benci dia. berkali aku katakan aku benci dia kerana katakatanya itu. tapi dia tetap kakak aku. 


maafkan

mungkin aku ini terlalu sasar bahasanya
tapi hey, takkan kau tak kenal aku?
aku ni kan perempuan gila


yang di kadangkala aku ini melepaskan semua
yang di kadangkala aku marah dan makikan segala
dan di kadangkala aku katakan perkara yang aku tidak katakan di dalam hati aku
sku kan begini memang si bodoh itu


adik!
kalau kau minta bulan yang terang
bilang saja akan aku terbang sekarang
dan akan ku petik bintang itu bersama bulan
menjadikan kerongsang di bajumu


di hari itu
bersama kita berdua sebelum ku katakan nista
yang merenggut hati engkau


kalaulah aku mampu ulang semula hari itu


kadangkala aku fikirkan semua yang kita harung bersama
kadangkala aku merasa tidakkah kau kenal aku siapa?


kalau kau mahu bintang di awan
akan ku ambilkan
kau timangkan


kita hanya berdua
berdua tanpa bunda


maafkan
maafkan
maafkan
maafkan


adinda beta,
maafkan

kalaulah puisi ini dari mulutnya sendiri mungkin aku tidak sepanas api lagi marahku padanya. jangan risau, kau kakakku. kata orang air di cincang tak akan putus.



No comments:

Post a Comment

dojudge.