April 18, 2011

Tidak Mengapa. Aku Tidak Kisah. :)

Seperti semester lalu, semester ini juga aku masih ditugaskan di wad yang sama. sebut saja Hospital Serdang, sahabatsahabat pasti kegirangan kerana kata mereka makanan di sana "heaven". tersenyum saja aku menurut kata mereka kerana aku juga mengakuinya. bertugas di wad itu tiada apa yang berbeza cumanya wajahwajah pesakit berganti. wajah sakit, lesu, putus harapan, sedih memang sudah kemestian dapat ku baca dari wajahwajah mereka. bersabarlah. ini dugaan Tuhan.



sedikit tersentak aku pagi tadi bila saja aku terpandang sekumpulan pelajar lelaki daripada kolej lain. mataku tertumpu pada seorang daripada mereka. sepertinya aku mengenali wajah itu. yeah. wajah itu. aku masih ingat saat aku di khabarkan menuntut ilmu di perantauan orang, seperti dalam keaadaan terpaksa aku mencari sahabat yang sama seperti aku dan betul. dialah orangnya. tapi kenapa. kenapa dia mengendahkan aku. ah! mungkin dia sudah melupakan wajahku. siapalah aku padanya untuk di simpan di kotak memorinya. biarlah. aku dan dia. tiada ikatan apaapa. bukan sahabat . bukan saudara. bukan juga kekasih malah saudara jauh sekali. endahkan saja dia.



atau. . .adakah dia juga berfikir benda yang sama sepertiku?? dia juga merasakan bahawa aku yang mengendahkannya. ah! tidak terlihat pun sedikit dari gerak gerinya masih mengingat aku. ibu selalu memberitahu aku egoku sama seperti ego seorang anak lelaki. kerana itulah ibu menggelarku anak kepala batu. tapi padaku untuk apa kita merelakan sesuatu yang tiada mendatangkan kebaikan untuk kita. hah ! tidak perlu semua itu. tapi sebenarnya jauh di sudut hati aku berasa rendah diri di hadapannya. aku ini hanya kulikuli manusia di tempat itu. di bandingkan dengan dia. semua matamata memandangnya dengan rasa hormat. tidak mengapalah. kadangkadang bagi diriku, berdiam diri adalah perkara terbaik ketika aku tidak dapat membuat keputusan kerana takut kalaukalau tindakan yang aku ambil daripada keputusan itu menyakitkan aku. aku ini ego. tidak mingkin aku membiarkan hatiku kecewa kerana kaum mereka. 


hati egoku berbicara mari lihat siapa lebih ego. aku memang begitu. jangan ditanya kenapa. jawapanku tetap sama. aku memang begitu. juga mungkin bagi aku. i'm not a regular girl. :)

1 comment:

dojudge.