July 3, 2013

Borak kosong.

1145 pm at the night.

Mari cerita kosong malam ini. Cerita ringkas tapi indah. Yang pastinya cerita ini pasal aku. Adatnya bertamu di blog orang, memang sembilanpuluhlapan peratus cerita itu semua mengenai empunya blog. Ok ceritanya begini ...


Masuk seminggu aku terperap dalam rumah 2 tingkat bilik 4 yang penghuninya cuma 2 orang dewasa dan seekor bayi 11 bulan yang terkadang mencabar tahap sivilisasi-ku, aku jadi bingai. Perjalanan sehari aku lebih kurang begini;

-- 11 pagi atau kadang anjak ke pukul 2 petang aku bangkit. Aku melalui proses normal wanita jadi aku cuti solat. Harap maklum anak-2.
-- Selesai membersihkan diri aku jenguk tudung saji. Untung aku ada kakak yang faham dengan rutinku sebagai remaja yang urbanisasi. Aku pun melantak.
-- Lebih kurang pukul 5 kepala badan tangan kaki terkunci depan TV layan skybox sampai anjak malam. Along siap masak aku melahap lagi. Urbanisasi sungguh aku.
-- Aku duduk lagi depan tv dan di selang seli kan menonjolkan diri dan post satu dua status yang rata-2 berbau jiwa aku sedang kosong. Ramai perasan siap inbox tanya aku. Aku rindu orang sebenarnya.
-- Dan berulang rutin ini sehari ke dua hari ke tiga hari dan pap pap pap pap pap.


Benda yang berulang terkadang buat kita jadi dalam keadaan mutism with blunted face. Cari sendiri aku malas jelaskan. Dalam kata mudah, jadi orang bingai atau orang yang jiwanya bersepaian. Sedih aku tengok diri aku sendiri.

Tapi tadi aku ada semangat kembali. Entah mambang mana merasuk aku. Tapi kiraku mungkin kerana yang aku rindukan, aku dapat pegang walau sebentar. Itu yang buat aku gembira. Aku balik ke taman connought. Balik ke kolej umtuk ambil slip peperiksaan dan dalam perjalanan aku terserempak bekas lecterurku yang berjiwa keibuan. Kata-2 dia umpama kata sakti buat aku tersedar kembali dari dunia yang aku cipta sendiri. Kata semangat yang seperti percikan air ke muka dan merangsang neuron aku untuk aku sedar dalam berapa bulan sahaja lagi, ada cabaran lagi maha besar bakal aku pikul. Aku bermotivasi kembali.

Oh aku faham. Enthusiasm aku hilang sebentar tadi mungkin kerana kehidupan sebagai pelajar yang aku tinggalkan. Gembira dengan kawan gila, gembira dengan rutin hidup, gembira dengan perkara yang berlaku di sekeliling ; meninggalkan ia buat aku jadi orang yang perasaan gembiranya mati seketika. Terima kasih cikgu . Aku jadi manusia gila semula :)

P/s Terkadang aku jadi pelik apa perlu beratus kawan di Facebook tapi seketul dua yang kita kenal tapi seketul dua tu pulak yang online setahun dua kali. Ramai yang kita kenal sebenarnya tapi masing-2 simpan ego masing-2. Kasihan generasi kita. Urbanisasi sungguh kita.

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN !

No comments:

Post a Comment

dojudge.