April 5, 2013

BUDI

Friday, 0548 hours.


Hari mendung dan hujan mula turun mencurah. Langit gelap dan angin kuat. Aku berteleku setia dengan laptop aku yang hampir 3 tahun usianya. Hari ini aku mahu cerita pasal budi. Budi orang pada kita dan budi kita pada orang.


Berkali aku bilang aku ini perempuan paling jahanam dalan bersahabat. Ada satu status FB Fynn Jamal yang aku iyakan dan akukan seratusperatus. Katanya "

"kenapa kita lebih larat siat ayahbunda —yg kalau diminta, percuma dibagi; 
berbanding kawan2 yg kerjanya menyiat kita sehari2?

friendship, brotherhood, sisterhood etc— 
mengarut je semua tu.

dah dpt apa dia nak, dah bahagia— lupa. 
so fakit. at the end of the day, hanya famili yg kutip cela kita."

Betul, kan ? Ramai orang yang begitu. Belakangkan ibu bapa dan dia pergi bertempik berpesta bersama teman. Tapi tunggu bila kawan yang dia selalu ucap dengan crossfinger FRIENDS FOREVER sendiri yang lempar palat tepat kemukanya, cuba lihat dekat-dekat kepada siapa dia akan pergi. Kerana itu aku bilang aku sudah penat hipokrit sama orang-orang yang hadir dalam hidup aku sekarang dan mengiyakan cuma bila mereka sebut dan hadamkan 2 perkataan keramat itu yang aku langsung tidak percaya.

Bukan aku bencikan persahabatan. Tapi ada masa kita seperti tidak bisa sehaluan dengan manusia- manusia di sekeliling kita. Ada benda yang terkadang ingin aku tanyakan tepat pada mukanya, berkurangkah hartanya, kurangkah duit dalam akaunnya, rugikah hidupnya kalau sekali setiap perkara yang aku lakukan dia tidak komen dan menghakimi. Dan aku pula adalah manusia paling benci dan baran bila di tegur seperti itu hatta ibu sendiri khatam dengan sifat aku yang satu ini. Tapi mengenali orang yang baru mengenali kita selama tempoh 3 tahun belum cukup untuk caritahu apa yang kita benci dan apa yang paling kita suka hatta hal yang kepada kita sendiri. Kerana itu aku selalu diamkan dan tahan mulut aku daripada cabul sebab aku tidak mahu hati dia tersakiti seperti hati aku yang sedang lumat dengan kata-katanya. Tapi bila duaratuskali dia buat dan ulang perkara sama, ada masa seperti hendak aku ludah cukup-cukup muka-muka yang selalu sompekkan diri aku yang datang pada mereka seperti orang bodoh tetapi di perlaku seperti itu merasakan aku jatuh. Bukan sekali tetapi berkali.

Berapa banyak kebaikan yang aku tabur pada mereka, sedikit aku tidak tagih dan kalau bisa di beri percuma pun aku tidak hingin. Cuma aku harap masa berlalu dengan pantas dan semoga mereka ini cuma sebuah memori yang terkadang aku harapkan tidak wujud dalam hidup aku. Semoga aku harapkan mereka begitu juga sebab aku sendiri akukan yang AKU ADALAH PEREMPUAN PALING JAHANAM DALAM BERSAHABAT.



p/s : Antara ramai-ramai anak mak, akulah anak yang paling beriya cakap aku sayang mak tapi aku sikit pun tidak tunjuk sebab aku membesar dengan sikap kepala batu aku. YaAllah.... Tuhan jak tau betapa aku rindu mau makan ikan rebus dengan belacan, ikan bakar bumbu ayah, sayur masal lemak dengan kerang, sayur rebus kosong. Ya Allah, rindunya mau cerita-cerita matang dengan dia sambil memasak. Aku rindu . Aku rindu. :\






No comments:

Post a Comment

dojudge.