March 21, 2013

Blues terakhir untuk 21.

21 March 2013, 0600 hours,awan mendung, petang, "World is ugly" by My chemical Romance was played.


Berkali aku bilang, berkali aku congak, berkali aku tolak tambah bahagi darab dan kesimpulan aku dapat; masa berlalu begitu pantas dan tak tersedarkan. Aku mahu cerita sama kalian tapi ceritanya atau timing tidak langsung berkait dengan tarikh esok hari yang juga berkait dengan tarikh aku mula rasa nikmat dunia. Tidak. 

Terpanggilkan rasa untuk berceritakan tentang sesuatu yang aku rasa yang tidak terungkap. Rasa yang paling tidak terfahamkan dan tertahukan kerana penjelasan yang tidak terima khatam bagi aku sendiri. Perasaan yang terasakan kau benci untuk berada di tempat kau ada tapi sedikit lagi, ketapak lagi kau sendiri akan tamatkan jalan ceritanya meski kau benci dan kau ludah setiap hari hakikat cerita itu. 

Itu konklusi untuk RASA aku hari ini. Ceritanya aku belum mulakan lagi. Kalau kau mula bosan dan cuak, pergi. Aku tidak paksa untuk kau pasang seratusduapuluh peratus untuk entri yang aku taip secara membabi khinzir. 

Cuba jujur pada diri sendiri untuk soalan palat ini yang aku sendiri benci untuk menjawabnya. 
.....Did you really make the best of what you going through yesterday, today and tomorrow ? 

dan soalan kedua yang aku rasa perasaan jahanam mula berjembalang dalam jiwa.
.....Did you really happy for what you have decide in your life ?

Aku tidak minta jawapan. Tapi soalan ini terwujud dan terlahirkan apabila kita mulai sedar yang sebenarnya selama ini cuma sebuah pentas drama untuk kita dan bermain hipokrit adalah wajib yang mana semua orang di sekeliling adalah mainan untuk wajah palsu dan topeng jiwa kita. Dan tersedar untuk lenyapkan semua dan hilangkan ingatan semua manusia itu hatta menidakkan hakikat, adalah MUSTAHIL. 


Hari ini adalah hari paling di mana AKU PALING KALAH DENGAN DIRI AKU SENDIRI. 
Yang merasakan aku sendiri tidak mampu untuk kata tidak kau bukan begitu. Tidak kau sebenarnya begini. Sebab hakikat itu cantas denial aku sendiri yang selalu menangkan jiwa aku. Tapi hari ini dia bunuh aku habis-habis. PERASAAN SENDIRI BUNUH JIWA KITA SENDIRI. Kejamkan. 


Lagi bebera bulan untuk aku tamatkan segala. Untuk 3 tahun aku menuntut ilmu di sini, adakah semuanya aku dapat garap dan hadam untuk kerja yang aku hadapkan seumur hidup aku yang menagih cinta aku terhadapnya supaya segala setiap inci aku lakukan adalah ikhlas semata-mata.

NURSE.

Menghadap keluhan pesakit hari ini berkenaan khidmat aku tadi yang katanya tidak cukup, tidak puas katanya. Dia tidak pandai lah. Itu budak baru belajar kah. Ini bla bla. Itu bla bla. 
TERSIATKAN HATI. Sebab aku sendiri dengar hakikat yang aku paling denial dari mulut manusia lain yang selama ini aku biar dia berlawan dalam hati. 

Dan kau tahu apa yang paling palat dan menjelikkan ?
Keadaan dan perasaan yang menjatuhkan begini membuat kau hampir bersepai, tiba-tiba menyedari hari esok adalah hari kegembiraan untuk kau. HARI LAHIR KAU. 


Aku pujuk diri. Aku adukan pada Tuhan ketika solat Asar tadi. Menangis. Tersedu. Mungkin kerana hari ini aku sendiri mengiyakan hakikat yang AKU ADALAH MANUSIA YANG BODOH.
Dan yang paling aku takut ialah menggalas tanggungjawab dan amanat untuk berkhidmat untuk orang lain yang mengharapkan segala yang terbaik daripada kau tapi dalam masa yang sama aku sendiri sedari aku tidak mampu. Aku tidak mampu. 

Ya Tuhan, Kuatkanlah hati ini. Aku cuma minta kekuatan dari Mu ya Allah. Bantu aku lalui hidup ini dengan senyuman. Amin. 

Selamat hari jadi, perempuan gila. Beri hadiah untuk jiwa kau. Sudahlah. Tepuk bahu tu sikit. Pujuk hati. Cakap dekat jiwa kau yang kau akan kuat dan selalu sabar. Ujian itu di mana-mana. Tapi yang paling penting cara kau terima dan hadam lalu kunyahkan dan akhirnya kau beri yang paling ter-AWESOME dan yang kau termampu. Whenever you feel like is totally bullshit and fuck up, head up and smile,find solution for it and twist it back. That's we call LIFE, dear.  


Pee Wee Gaskin, "sebuah Rahasia" was played in my playlist on youtube.
Love song but some of the lyrics has wake up me a bit. So I quote this lyric that suddenly make me smile :
Berhenti menangis dan ini yang terbaik dan teruslah melangkah dan saat dunia berpaling darimu berlarilah.
kerana kau akan ku lupakan.





# Don't ask me what the point of this picture. But if you really wanna ask me, I would say "besides my regret and sadness, there is left some reason for me to survive till today and this typical picture could tell you the story (:

#life may bitter and hard sometimes, but most of the time it always sweet.
so, be grateful for it.
Happy birthday to me (:







No comments:

Post a Comment

dojudge.