May 13, 2012

Relakan aku bicara.

Selamat hari ibu.

Menemui mak,
minta di ampunkan untuk sekejap tadi. Bukan marah tapi bagi anakmu yang sudah beranjak dewasa ini, bagiku tidak sewajarnya mak terlalu berlembut kerana akhirnya mak juga yang menangis berlekuk tubuh sendirian. Kerana itu aku tegur. Aku sudah penat lihat kau derita. Kasihan dan airmata ini sudah tak tersimpan lagi untuk biarkan dan diamdengar sahaja sama keluhan dari beban yang gendong yang tak terlaratkan untuk di tatang lagi. Cuma sabar dan doa pada Esa penyambung tali harapan untuk kekuatan agar terus bisa berdiri. ampun mak. maafkan anakmu kerana bicara sedikit tegas tadi. ampun mak. ampun. ampun.


Terkadang aku jadi hamba Tuhan yang terlalu menyoal.
terlalu menyoal sama takdir
terlalu menyoal sama Qada dan Qadar
walau aku khatam kenapa dan mengapa Tuhan beri semua itu
tapi aku juga hamba tuhan yang tipikal seperti anda sekalian
kadang juga bisa jadi denial sama hakikat
bisa jadi pemberontak sama kebenaran
kerana untuk manusia yang tidak sekuat dan seteguh karang hatinya
hakikat dan kebenaran itu terlalu terlalu terlalu menyakitkan
mematahkan
menjatuhkan
membunuh halus-halus
semangat yang telah berhempas-pulas kita kepalkan.


kejam,kan?


oh,Tuhan.
ampunkan aku atas sifat ini
tapi aku tidak kuat untuk semuanya
sudahlah
cukuplah
Kau uji aku melalui insan yang terlalu aku cintai dalam hayat ini
kerana melihat mak menangis begitu, terlalu menghiris lumat-lumat jiwa ini ya-Allah
Kasihani-lah dia ya-Allah,
untuk dosa apa pun sebelum ini, Redhai-lah dia ya-Allah
permudahkan segala urusannya
teduhi dia dibawah payung rahmat-Mu
agar tetap dia terus berdiri walau tergelincir dan terjatuh sebentar
makbulkan-lah doaku Ya-rabbi.

AMIN.



-sangat sakit kan kalau kita cuma mampu melihat atau mendengar tapi tiada daya untuk membantu walau dalam hati Tuhan saja tahu kalau bisa saja nyawa ini jadi galang-gantinya, pasti sanggup.
ya. Pasti.


Itu yang aku rasa sekarang.


 :(



wanita paling aku cinta dan adik paling pendiam.

No comments:

Post a Comment

dojudge.