September 27, 2011

orang sombong bagus makan tahi

aku lihat kelmarin dia lain
hari ini lagi lain
besok ?
lusa ?
tulat ?
jangan tanya aku 
aku cuma pemerhati dari jauh 


itulah manusia
berubahnya tak teragakkan
kelmarin aku lihat dia budak2 hingusan
ini hari lagak macam dia penghulu segala betara
peludah segala makhluk
pencirit segala kebenaran
pendrama segala kisah benar
pembentak segala keistimewaan.


bukan satu dua aku lihat
tatkala berjalan di tanah asalku 
sudah ramai 
yang cuma kenal dari jauh 
mahupun yang ada kaitan saudara sama aku
berjalan seperti dia raja bumi petala
aku senyum di tepian tak di perdulikan
lalu aku paling senyuman kehadapan
menggaru kepala menutup cuak pada senyumku yang tak terbalaskan
sial. 


kalau kau rasa kau sudah ditingkat paling atas
kalau kau rasa kau sudah layak di angkat seperti dewa
kalau kau rasa kau sudah paling maharaja antara mereka
memang susah lah.
sukusakat seperti kau kasihan
sombong pada kami
angkuh pada mereka
zahir memang kau yang teratas
tapi hakikat kau miskin 
miskin budi 
miskin nilai diri 
kerana ideologi "aku paling hebat" yang kau gendong
kau lupa sama kami2 semua


hah .
kasihanlah kau 
padanlah muka kau 
bila aku dan lainnya lari lihat muka kau
bingai dengan perangai mu
yang merasakan "ini zon orang hebat"
kau kuis2 kami ke tepian . 
hah ! 
memang kau BASTARD lah kawan .


~aku malas omel panjang
kalau ending tak terpuaskan 
cari ayatmu sendiri .
dan bilang pada diri 
"sepatutnya endingnya seperti ini "
dan simpan diam2.
tak perlu berinyata pada aku . 
sekadar mahu tunjukbelang sama aku . 
okbai :D





No comments:

Post a Comment

dojudge.