August 14, 2011

masih

berlumbalari sama matahari yang berkejar2 untuk pulang
sikit lagi , aku bilang . 
sikit lagi .

berlawanperasaan sama beban exam yang berlumba2 bunuh aku
sikit lagi , aku bilang.
sikit lagi.

minggu depan .
aku balik . beraya bersama ibu .
hee ! tidak sabar . 
purple . aku yang pilih .
tema kami tahun ini . 
bosan meneka warna aku tikam sahaja
seraya mereka turutkan kataku
aiseh ! macam taiko . 


senyum pada pagi yang indah
seumpama menyambut perasaan ini 
sejuk dan tenang atmosferanya
mungkin rahmat ramadhan . 
benakku . 
 
dan masih 
sikit lagi , aku bilang.
pada kaki.
pada hati .
agar terus berkejar sama matahari 
agar terus berlawan sama beban itu .
aku kepalkan semangat 
membuka langkah kembali 

oh . sedikit sahaja lagi .
walau senyumku tak tertutup 
meski jiwa runtuh semangat
demi kegembiraan itu
masih .
aku belum mahu berhenti ! 



4 comments:

dojudge.