August 26, 2011

kau lidah iblis

kalau bisa kepalatan itu 
di wujudkan dalam jasad
sepuasnya akan aku hambur segala cacian
akan aku maki sepuasnya
akan aku hentamremuk hatinya
biar hancurlumat jadinya


aku benci kepada sesuatu
sesuatu yang kau namakan maaf
puas kau bonekakan 
puas kau herdik 
cukup kau malukan dia
cukup kau hina dia
dengan bahasa iblis itu
kemudian dengan mudah
kata maaf melupus segala kata bangsatmu


hei
cukuplah
kalau bukan kerana dia 
yang selalu menyebelahimu
sudah lama
mungkin sudah lama 
aku humban juga bahasa iblis
yang kau beri pada orang di sekelilingmu
aku mahu kau juga rasa 
apa yang mereka rasa.


cukuplah
jangan kau riak 
pada bahasa seperti itu
pada bentakmu berbahasa
pada egomu bersuara
hati mereka itu lemah
sangat lemah
dek penatnya 
penat kerana habis semua
keringat tertumpah pada kita
jadi cukup.
jangan hiris hati itu
aku mohon padamu. 


selalu ibu khabarkan padaku
kau anak yang hatinya kuat
beri apa jua ujian 
dengan mudah kau tepisnya
tapi satu hal yang kau terlepasnilai
kau EGO . 
ego mu pada mereka
gah kau tunjukkan
kau perkasa
bertahun di rantau orang 
tahun ini kau kembali 
kau kembali 
sekali lagi kau kembali




tapi soalku 
untuk apa 
untuk apa kau kembali kalau cuma 
menghiris hati 
luka yang tak tersembuhkan lagi 
kau datang untuk kau siram dengan limau
sehingga pedihnya tak tertahankan lagi
aku bukan mereka
tapi aku bisa rasa
hei .
aku pun ego juga
keturunan kita separa sama 
memang wajarlah . 


kadang 
bermonolog aku sendiri dalam diri
kenapa kau begitu
aku juga baran 
tapi tidak seperti kau
panasmu tidak bertempat
kau telempiaskan membabi buta
hatta pada mereka jua
tapi aku masih diam
kerana hormatku pada mu
jangan uji aku
jangan cabar aku
jangan paksa aku 
jadi iblis yang seperti hari itu .




secabul mana pun mulutmu
seiblis mana pun bahasa yang kau guna
sial mana sifat yang kau perlihatkan
selamanya kau tetap sebahagian dari kami
walau palat hati menerima
tetap kami akukan kau satu dari kami
hargai ikatan ini 
aku mohon padamu 
untuk sekali ini
turutkan permintaanku.

No comments:

Post a Comment

dojudge.