August 28, 2011

kau belum kenal

berkali tali itu putus
dan berkali jua aku simpul kembali
sehingga banyak simpulan padanya
kerana kakiku yang tidak bermata 
habis tali itu




berkali hubungan itu putus
dan berkali jua aku hubungkan kembali
sehingga banyak yang tercela padanya
kerana hatiku yang tidak bermata
seperti mereka
habis
habis semuanya




kawan
berkali bukan aku katakan
aku ini memang begini orangnya
kerana emosi aku selalu turutkan
mulalah lidah iblis yang aku guna
dan mulalah hati2 kamu terluka


kawan 
bukan semalam kita berkongsi makanan
bukan semalam aku tanyakan namamu
bukan semalam aku hulur salam persahabatan
bertahun lamanya
tapi masih
sehingga ini pun kau masih
tidak mendefinisikan aku sebetulnya
dan mungkin saat ini pun
kau masih cuba menginterpretasikan aku sebentar tadi


sudahlah
biarlah
definisikan aku .
kau semua selamanya
tetap tak terfahamkan
aku siapa





No comments:

Post a Comment

dojudge.