August 5, 2011

ah. rupa2nya .

bila semua kata bisa
sekadar kerana
dan bila semua kata bisa 
demi semata.


kalaulah diketahui yang kata bisa itu
bukan sekadar kerana demi semata.


berkata bisa;
adalah menghiris halus hati
lalu memerah limau membisa ngilu-
bila diketahui itu semua hanya
sekadar kerana demi semata. 




aku penat
penat jaga hati orang
penat jaga hati sendiri
jaga hati orang aku yang pedih
jaga hati aku orang yang pedih
jadi harusnya apa ??
dan dalam seminggu ini 
aku kutip perkara baru ini 
di tempat bakal aku menabur bakti dan keringat
aku kira hanya di kotak putih itu sahaja aku jadi penjaga hati
rupanya di luar pun tidak banyak beza.




tolong.
mak tolong.
adik tolong.
kak tolong.
KAWAN tolong.
tolong~
terkadang aku tidak sedar berapa kali aku sebut tolong.
dan bila aku sedar tolong itu aku yang minta
rasa palat menguasai hati
mula cuak
mula rasa seperti pacal hinadina
akukan perempuan ego yang suka berdiri pada lutut sendiri
bagaimana bisa tolong itu aku yang pinta??


mungkin aku tidak sedar
tolong untuk setiap manusia 
tidak sama penerimaannya
ada tolong kerana niatnya memang mahu tolong
ada pula tolongnya
seperti yang aku kata
hanya sekadar demi semata.




marahlah pada aku
sindirlah sepuasmu
sarkastiklah sehabis bisa
aku memang begini
memang malang siapa jadi teman aku
selalu akan aku telempiaskan sifat palat padanya
sehingga palat itu berbalik kepada aku
padanlah muka aku kan .
memang orang2 seperti aku selalu akan berdamping dengan palat itu.




aku tersentap sejenak.
ah.rupa2nya.kataku
rupa2nya.


aku terdiam seketika.
ah.rupa2nya.kataku
rupa2nya.


betapa menyentapkan
betapa mendudukkan


berharap sudah setinggi everest
baru tersedar rupa2nya.


rupa2nya.
siapa dia untuk aku serah kata tolong?
ah.rupa2nya.
cuma teman di kejauhan.




kawan.
jangan bingai pada aku dulu
jangan rasa aku sarkastikkan dirimu
cuma baru sekarang aku rasa aku ini palat
terima kasih untuk budimu
terima kasih. 



















No comments:

Post a Comment

dojudge.