July 28, 2011

Kau Tidak Faham

dimana??
di library.sendiri.
yang lain mana??
makan. di cafe.
kau??
malas.hari ini macam emo.
ah.kau harihari pun begitu.







mereka cuma menafsir.
mereka cuma lihat pada zahir.
mereka cuma baca pada watak.
mereka tidak faham
mereka tidak fasih
aku siapa??
tidak perlu kau ambil tahu.
aku bukan siapasiapa
untuk kau ambilpusing.
biarkan aku.
aku yang merasa kesedihan ini.
biar aku yang ubatinya sendiri.


aku palat??
biarkan.
mungkin aku terlahir sebegini rupa.
ibu juga sudah tidak betah.
kata ibu antara ramai anak ibu
aku yang paling tak tertakrifkan sifatnya
aku yang paling sebal
aku yang paling baran
aku yang paling makan dalam
itu yang ibu baca aku
itu yang kakak baca aku
bukan ibu.bukan.
ibu pun salah menterjemah aku.
apalagi mereka.
betulkan??


kerana persepsi itu aku wujudkan perasaan
hatta aku lahirkan dia pada perlakuanku
kerana itu aku bersikap sebegini
tiada yang bisa faham
tiada yang bisa arif
dan tak akan untuk selamanya
aku sendiri.
cuma aku sendiri.
patutlah. 
selalu. bukan sekali dua. 
tapi hampir setiap malam sebelum lelap mata ini.
dan aku tanyakan dalam diam.
dengan mata yang aku biar pejam
bagaimana mungkin wujud sunyi
dalam keriuhan aku berdiri
ya. ketawaku itu tipu
senyumku itu hipokrit
gurauku semua dusta.
satu persatu aku cuba fahamkan
lantas berdikitdikit mula menyesak dada
munkin aku harus lari.
tapi harus dimana aku harus pergi??
tatkala gagah aku berdiri
lutut mula bergegar
airmata sial mula bergenang.
babi. . . . . . . .




ah. celakalah perasaan ini.
mungkin aku yang terlalu paranoid.
terlalu melihat dunia dari kacamata aku sendiri.
tanpa secalit pun aku rujuk pada manusia yang lain.
tapi harus bagaimana.
ini memang aku.
dan takkan terubahkan walau sesaat.
maafkan aku.
maafkan aku ibu.
maafkan aku semua.


~kerana selamanya mungkin sifat ini jadi satu
bersama aku. . . . . . . .




No comments:

Post a Comment

dojudge.