April 17, 2011

Hari Yang Sedih Adalah Kelmarin.==

gembira, ketawa, sedih, marah, kecewa adalah salah satu episod dalam kehidupan. sedar ataupun tidak ianya banyak mempengaruhi kita. gembira kerana kita dapat apa yang kita inginkan. ketawa kerana suka akan sesuatu. sedih kerana berasa terlepas dari sesuatu yang penting dan pelbagai jenis perasaan sering berubah mengikut situasi dan kehidupan dalam hidup.


seperti aku. seperti kamu juga. pernah menghadapi situasi seumpama ini. terutama ketika menerima dugaan. reaksi pertama aku??hah! usah kau tanyakan. acap kali aku menerima kegagalan dan acap kali juga aku menangis kerananya. apabila emosi mengatasi rasional manusia, berduyun-duyun lah perkara gila bermain di kotak minda. 


emosi mengatasi rasional diri. yeah. pernah juga terlintas di benak adakah harus aku akhiri semua kekecewaan ini dengan jalan mudah dalam kata ringkasnya : bunuh diri !!! ah! perbuatan itu di laknat oleh Tuhanku. maka, apa yang harus aku lakukan????????


menangis. yupp. menangis!! menangis sepuas hati. menangis lah jiwa menangis lah!! muntahkan semua beban sengsara yang kau pendamkan di jiwa mu. menangislah sekuat mana yang kau mahu. menangis lah dan biarkan alam ini turut merasai kesedihanmu. tapi selepas itu. . .senyumlah kembali. kosongkan mindamu lapangkan dadamu dan senyumlah. senyumlah tanpa sengsara. terima semuanya dengan positif. saat kau jatuh bangunlah. kau kuat melaluinya. kau mampu mencabar dugaan itu kembali. katakan pada dunia kau kuat. yeah. BANGUNLAH SAYANG DAN SENYUM PADA DUNIA !!!!!!


my mother said: big girls dont cry:)))

No comments:

Post a Comment

dojudge.