April 17, 2011

aku rindu wanita itu. :)

Hampir setahun rasanya aku di perantauan orang. belajar mendewasakan diri untuk menyesuaikan diri di tempat wajah-wajah asing yang aku ketemui. suatu ketika ibu berkata kepada aku. jaga dirimu nak. itu tempat orang. jika jalan yang betul kau ambil maka selamatlah kau. dan sebaliknya salah jalan yang kau lewati binasalah jawapannya. kata-kata itu masih tersemat sehingga hari ini di kotak benakku dan selamanya akan tersimpan di disitu tanpa sesaat pun aku tidak akan melupakannya. InsyaAllah. 


walau masih sekejap cuma aku di tempat asing ini, telah banyak aku kutip dan simpan di kotak fikiranku daripada setiap situasi dari ragam mereka-mereka sehari-hari. ada yang wajar yang aku contohi. ada yang harus aku jauhi. manusia. lumrahnya menjadi manusia. bukannya semua sempurna pasti ada kekurangannya di mana-mana sudut dirinya. seperti itu juga aku dan aku mengakuinya.



dikala teringat pesan ibu, terasa ingin memeluknya ketika ini. dalamnya rinduku pada wanita itu Tuhan saja dapat merasanya. masih terngiang-ngiang suaranya membebel aku bangun mengerjakan perintah Tuhan di subuh dinihari. masih dapat kurasakan bauan badannya memelukku ketika aku sedih. bebannya menanggung rindu ini amat berat. dan hanya bisa aku ubati ketika mendengar suaranya dari kotak suara telefon bimbit. arghh! kalau saja aku bisa pulang saat ini memeluk ibu sudah pasti aku sudah meninggalkan kamu-kamu di alam maya ini. tapi tidak. ibu jauh di negeri di bawah bayu dan aku di sini. di ceruk kota yang sibuk dan dihujani pelbagai jenis ragam manusia.


tapi aku tahu ibu mengharapkan aku. dan aku sama sekali tidak sanggup mengecewakan harapannya. kerana itu ketika aku jatuh dan menangis berdepan kegagalan, tatkala mendengar suara ibu aku pasti akan pulih kembali dari luka yang amat perit. wanita itu sumber semangatku. dan aku berdoa agar doanya sentiasa bersamaku.


kalau saja ibu bisa mengetahui rinduku padanya saat ini. sudah pasti airmatanya bergenang lagi kerana dia tahu aku ini anak yang manja dan mudah menangis bila jatuh dan sedih. jangan menangis ibu. anakmu ini bukan lagi anak kecil yang selalu menangis apabila digertak. tidak lagi takut berjumpa doktor apabila sakit. tidak lagi bersembunyi di belakangmu apabila pertama kali melihat wajah-wajah yang asing. aku sudah besar ibu sudah tahu mana yang putih mana yang hitam dan sudah tahu bersuara apabila diperkotakkatikkan oleh mereka-mereka. usai semua kesedihan itu kerana kejayaan yang aku kejar adalah untukmu. dan selamanya hanya untukmu IBU !

No comments:

Post a Comment

dojudge.