October 23, 2011

kehadapan bulan

kehadapan bulan,
terasa malam ini aku ingin berbicara denganmu.
mengadu larajiwa, giranghati,ketawasuka,menangissedih,
untuk beberapa kebelakangan ini.


kehadapan bulan,
telah beberapa kali aku merasakan aku di uji Tuhan
melalui mereka yang aku sayang
ibu kemalangan hari itu 
mujur cuma lebam di badan 
tapi berita itu sudah cukup menyentap separuh nyawaku. 
tidak sampai berapa bulan 
adikadik lagi yang kemalangan
sebenarnya beberapa hari yang lalu
lalu mula aku berfikir dan bermonolog panjang
mungkin Tuhan mahu uji aku.


kehadapan bulan,
terkadang aku rasa seperti memusuhi manusia di sekelilingku
terkadang aku rasa seperti semua pendusta
dan mulalah aku cipta garisan di mana dalamnya cuma aku sendiri
pelik . 
terkadang aku menjadi bukan aku.


kehadapan bulan,
kebelakangan ini aku mula berfikir tentang masa depan
mula berfikir bersama siapa aku kelak 
siapa yang akan aku letakkan kepala di bahunya bila aku sedih
siapa yang akan aku adukan segala kesakitan segala kepalatan
ya
mungkin wujud
mungkin tidak
ah biarlah
aku malas fikir
Allah maha mengetahui.




kehadapan bulan,
kebelakangan ini aku terlalu memikir apa fikir mereka
takut pandangan jelik di beri untuk aku
risau di cela di mana2
dan akan wujudkan ilusi selepas itu 
mengatakan dalam diri 
"hei, mereka sedang menghina kau"
diri ketiga yang aku terkadang aku biar mendominasi fikiran
negatif.
teruk jadinya kelak kalau kerap aku turutkan.
tapi masih dia yang raja dalam diriku.




kehadapan bulan, 
kebelakangan ini juga aku berfikir tentang hubungan
hubungan dengan keluarga
hubungan dengan adik beradik
hubungan dengan kawan
dengan orang sekeliling
berapa banyak hati telah aku sakiti
berapa banyak jiwa telah aku lukakan
tapi paling aku selalu aku fikirkan dan terkadang buat airmata mengalir
tak terhentikan;
hubungan sama Tuhan
aku rindu Dia
aku rindu Dia
namun masih terkulai sasar dari perintahNya. 


kehadapan bulan,
setialah bersama aku lagi
masih mahu aku bercerita 
masih mahu aku mengadu denganmu 
di lain hari 
di lain waktu
cerita sama atau cerita baru
aku tidak tahu
pintaku
setialah bersamaku
TERIMA KASIH BULAN.









No comments:

Post a Comment

dojudge.